Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif

April 16, 2021 · Isu semasa

Penyedia perkhidmatan judi atas talian GDWON3 sudah menutup tiga laman sosial – Facebook, Twitter dan Instagram – susulan bantahan terhadap iklan yang mencemar kesucian Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

Agenda Daily mendapati iklan GDBET333 berkaitan hari raya yang mengajak umat Islam berjudi bagi mendapatkan ‘duit raya’ sudah tidak dapat diakses lagi.

Laman sesawang http://www.gdbet333.com/ juga tidak dapat diakses di Malaysia kerana disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) susulan kandungannya melanggar undang-undang negara.

Awal hari ini, Agenda Daily melaporkan syarikat perjudian kini semakin berani dengan menerbit dan menyiarkan iklan judi ketika Ramadan dan ditampilkan dengan lagu sempena Aidilfitri.

Iklan GDBET333 cabar undang-undang, kemuliaan Ramadan

Iklan itu mengajak umat Islam yang mahu pulang ke kampung bagi menyambut hari raya mendapatkan khidmat perjudian mereka bagi meraih wang berganda.

Iklan dikatakan bukan sahaja dimuat naik di YouTube hampir seminggu lalu, malah disebarkan ke akaun pengguna Facebook secara meluas.

Susulan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat asal usul klip video itu.

“Siasatan polis akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon yang terlibat di dalam video ini. Mereka akan dikesan dan akan dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya.

Polis siasat, panggil pelakon iklan raya GDBET333 ajak berjudi

SKMM juga sudah meminta Facebook, Twitter dan YouTube menurunkan iklan raya yang mempromosi perjudian dalam talian yang tular sejak seminggu lalu.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023· Politik
Tak akan minta maaf, kata Sanusi berhubung saman taikun
August 9, 2023· Politik
Taikun Berjaya saman Menteri Besar Kedah
August 8, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok