i-Citra KWSP: Nampak Asyraf bodoh, banyak baki ahli tak sampai RM10k

November 1, 2021 · Isu semasa

Ada Asyraf Wajdi kisah?

KWSP telah mendedahkan pengeluaran luar biasa menerusi skim i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra, telah menyebabkan 73 peratus atau hampir tiga perempat ahli berada dalam situasi serius, di mana jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara, melebihi paras kemiskinan.

Walaupun pengeluaran tersebut telah memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik dan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah simpanan yang telah dikeluarkan kini telah menyebabkan seramai 6.1 juta ahli mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka.

Daripada jumlah itu, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan persaraan.

Menurut KWSP, lebih membimbangkan ialah ahli Bumiputera apabila 78 peratus, atau lebih tiga perempat ahli telah memohon untuk fasiliti pengeluaran tersebut.

Akibatnya, seramai 4.4 juta, atau 54 peratus ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, dan 2.0 juta, atau 25 peratus lagi mempunyai kurang daripada RM1,000, dalam akaun KWSP mereka.

Ada Pemuda UMNO kisah?

Namun malangnya, Pemuda UMNO diketuai Asyraf Wajdi telah membuat perkiraan salah mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 secara one-off.

Asyraf dan kepimpinan tertinggi Pemuda yang rata-rata berkelulusan hebat, sekurang-kurangnya dari universiti di luar negara, gagal membuat pertimbangan dan penyelidikan apabila memberi alasan keperluan pencarum untuk mengeluarkan RM10,000 secara one-off itu.

Asyraf Wajdi dan Pemuda sebelum ini begitu yakin, kerajaan pimpinan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menerima cadangan mereka. Sehinggakan beliau sendiri memberi bayangan lebih awal bahawa tuntutan i-Citra one-off bakal dilaksanakan.

“Malam kelmarin, selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi, sempat ‘follow-up’ beberapa isu utama untuk diberikan perhatian Perdana Menteri, antaranya tuntutan rakyat mengenai KWSP i-Citra RM10,000 secara ‘one-off’…,” kata Asyraf memuat naik status dalam Facebooknya pada 1 Oktober lalu yang disertakan gambarnya berjalan beriringan dengan Ismail Sabri selepas mesyuarat itu.

Namun, Jumaat lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz langsung tidak menyebut mengenai i-Citra one-off dalam ucapan Bajet 2022.

Terkedu Asyraf Wajdi dan Pemuda UMNO. Menjangkakan netizen akan menyerang mereka, alasan mula dicari, kenyataan mula dibuat seolah-olah kerajaan yang salah kerana menghampakan harapan jutaan ahli KWSP, sedangkan merekalah yang beria-ia menjanjikannya. Berita berkaitan

Namun bagi meredakan kemarahan orang ramai terhadap mereka, Asyraf Wajdi berkata Pemuda UMNO tidak akan ‘melepas tangan’ berhubung i-Citra one-off itu. Masih lagi ingin membuat desakan supaya insentif berkenaan diluluskan dalam bajet tambahan pada masa depan.

Malangnya, kenyataan KWSP semalam yang memberikan butiran lengkap situasi simpanan ahli ketika pandemik Covid-19 telah membuka mata banyak pihak bahawa tuntutan yang dibuat itu jelas membuktikan ketidakprihatinan Pemuda UMNO terhadap masa depan pencarum KWSP khususnya bangsa Melayu.

Bayangkan jika desakan Pemuda UMNO diterima. Tentu berebut-rebut pencarum, terutama Melayu akan membuat permohonan pengeluaran berkenaan. Ini sekali gus akan mengurangkan lagi baki akaun wang persaraan mereka.

Mungkin yang berbaki RM10,000 dalam akaun tidak dibenar mengeluarkan wang itu secara one-off, tetapi mereka yang mempunyai simpanan lebih tinggi akan dibenarkan berbuat demikian sebagaimana diminta Pemuda UMNO.

Apabila pengeluaran dibuat, simpanan pun berkurangan dan pastinya, bilangan pencarum yang memiliki simpanan di bawah RM10,000 atau RM1,000 akan meningkat.

Usaha Pemuda UMNO untuk membolehkan RM10,000 one-off dikeluarkan hanya untuk mengembirakan sekejap sahaja pencarum – pemikiran yang singkat – sebaliknya mereka tidak memandang masa depan selepas persaraan itu.

Memang sepatutnyalah kerajaan menolak cadangan dan desakan Asyraf Wajdi dan Pemuda UMNO, kerana apa yang diminta itu sebenarnya akan membunuh ahli KWSP selepas persaraan kelak.

Tapi, ada Asyraf Wajdi dan Pemuda UMNO kisah?

Berita berkaitan

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tak penting pendapat orang, kata Nazri selepas dilantik duta AS
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok