Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal

September 25, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan hukuman penjara terhadap pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin berhubung sabitan menghina Sultan Selangor pada 2014 lalu.

Wan Ji yang juga bekas pegawai Penerangan dan Penasihat Agama Lim Guan Eng pada 2017 itu disabitkan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor pada 2012 lalu.

Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara membenarkan rayuan Wan Ji untuk mengurangkan hukumannya.

Bagaimanapun, panel hakim tidak membenarkan rayuannya untuk membatalkan sabitan tersebut.

Pada 9 April 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Wan Ji bersalah atas tuduhan menghasut dan dia dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan.

Pihak pendakwaan kemudian merayu terhadap hukuman itu.

Pada 9 Julai 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan pendakwa untuk hukuman yang lebih berat, dan meningkatkan tempoh tahanan Wan Ji kepada satu tahun penjara.

Tertuduh yang berusia 41 tahun kemudian merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Ketika membacakan keputusan sebulat suara itu, panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata tidak ada merit dalam rayuan Wan Ji untuk membatalkan sabitan.

Hadhariah juga mengingatkan Wan Ji, kebebasan bersuara tidak bermakna seseorang itu boleh berkata apa saja khususnya wujud peraturan mengenai isu 3R (agama, kaum dan raja-raja) di negara ini.

“Kebebasan bersuara tidak bermaksud kita boleh bercakap sesuka hati. Perkataan yang dikatakan dalam hantaran Facebook tersebut memang tidak sesuai.

“Kalaulah kita ini genius sekali pun dalam bab agama, janganlah kita meperlekehkan orang lain. Lagi pandai, kita kena lagi tunduk.

“Kalau hendak bagi nasihat agama sekalipun, guna perkataan yang baik-baik barulah orang dengar.

“Jangan guna perkataan tidak sesuai terutama terhadap Sultan Selangor kerana sekarang ada 3R.

“Hati-hati dengan perkataan sensitif ini,” ujar hakim itu dipetik laporan media.

Hadhariah kemudian mengeluarkan waran komital terhadap Wan Ji.

Seorang anggota polis dilihat membawa tertuduh keluar dari kandang untuk memulakan hukuman penjaranya hari ini.

Wan Ji, didakwa pada 10 September 2014, menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook (FB) dengan nama wanji.attaaduddi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, pada 10 pagi, 5 November 2012.

Berita berkaitan
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
18 minit lalu· Politik
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
2 jam lalu· Rencana
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
7 jam lalu· Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
Popular
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
3 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
7 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
7 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok