Hasil kerajaan naik 4.6 peratus separuh pertama 2021

September 23, 2021 · Isu semasa

Langkah pemulihan ekonomi yang dirancang sejak pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan diteruskan pula kerajaan kini menunjukkan kesan positif apabila hasil kerajaan meningkat 4.6 peratus tahun ke tahun kepada RM106.4 bilion pada separuh pertama 2021.

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata hasil kerajaan Persekutuan 2021 diunjur melonjak 4.2 peratus kepada RM236.9 bilion atau 15.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berdasarkan jangkaan peningkatan pertumbuhan ekonomi dan prospek perniagaan.

Walaupun prestasi tersebut lebih perlahan berbanding anggaran Belanjawan 2021, namun mengambilkira faktor keadaan semasa ia adalah satu pencapaian yang memberangsangkan pada ketika negara masih berdepan cabaran pandemik.

Menurutnya daripada jumlah itu, hasil cukai berjumlah RM80.2 bilion manakala hasil bukan cukai adalah RM26.2 bilion.

“Daripada jumlah hasil cukai itu, RM58.3 bilion adalah hasil cukai langsung manakala RM21.9 bilion merupakan hasil cukai tidak langsung,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun bertanya mengenai kedudukan kewangan negara dari segi kutipan hasil negara dan tanggungan perbelanjaan, setelah pandemik Covid-19 melanda negara untuk tahun kedua.

Mohd Shahar berkata jumlah perbelanjaan kerajaan Persekutuan dalam tempoh separuh pertama 2021 adalah RM164.2 bilion, peningkatan 5.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Menurutnya, daripada jumlah itu, RM117.4 bilion atau 71.5 peratus disalurkan untuk belanja mengurus, RM28.4 bilion atau 17.3 peratus untuk belanja pembangunan, manakala baki RM18.4 bilion atau 11.2 peratus adalah perbelanjaan di bawah Kumpulan Wang Covid-19 (KWC-19).

Katanya sebahagian besar perbelanjaan yang merangkumi 65.5 peratus daripada jumlah belanja mengurus adalah bagi menampung perbelanjaan berkaitan emolumen (RM43.2 bilion), bayaran khidmat hutang (RM18.4 bilion) dan bayaran persaraan (RM15.3 bilion).

Bagi perbelanjaan pembangunan, Mohd Shahar berkata sebanyak 82.5 peratus daripadanya disalurkan kepada sektor ekonomi dan sosial.

“Sebahagian perbelanjaan di bawah KWC-19 adalah untuk membiayai program-program termasuk Bantuan Prihatin Nasional iaitu RM8.9 bilion, subsidi upah RM3.7 bilion, Geran Khas Prihatin (RM2 bilion) dan perbelanjaan berkaitan COVID-19 (RM1.6 bilion),” katanya.

Mohd Shahar berkata kerajaan memahami keresahan rakyat mengenai sasaran kutipan hasil yang tidak mencapai sasaran seperti diumumkan semasa belanjawan 2021.

Dalam Belanjawan 2021, defisit fiskal 2021 telah diunjurkan sebanyak 5.4 peratus berbanding KDNK berdasarkan jangkaan ekonomi akan berkembang pada kadar 6.5 hingga 7.5 peratus.

Bagaimanapun, katanya, susulan gelombang ketiga COVID-19, kerajaan telah melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan dan paras defisit fiskal 2021 telah disemak semula dengan jangkaan peningkatan 6.5 hingga tujuh peratus, mengambil kira unjuran penyusutan KDNK kepada tiga hingga empat peratus.

Sehubungan itu, beliau berkata Kementerian Kewangan mengumumkan langkah ke hadapan iaitu penyata pra bajet yang memaklumkan langkah meneroka hasil baharu, antaranya memperkenalkan nombor pengenalan cukai, memperketat kawalan ke atas perlesenan dan pengimportan produk tembakau.

Mengenai sama ada Malaysia telah mengalami defisit akaun semasa, beliau memberitahu, undang undang negara tidak membenarkan kerajaan mengalami defisit semasa pada sesuatu tahun kewangan secara keseluruhan.

“Namun pada tempoh separuh pertama 2021, kedudukan kewangan menunjukkan kerajaan telah mengalami defisit semasa berdasarkan ketidakpadanan antara hasil dan perbelanjaan. Ini bukan perkara baharu disebabkan ketidakpadanan ini dicatatkan sejak 2016.

“Bagaimanapun, hasil dijangka akan bertambah secara ketara pada separuh kedua 2021 di mana kutipan tambahan hasil berdasarkan pemfailan cukai syarikat yang hanya dimuktamadkan pada akhir Jun,” katanya.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok