Harga petrol, diesel tak berubah hingga 15 Februari ini

February 8, 2023 · Isu semasa

Harga semua jenis petrol dan diesel kekal tidak berubah sehingga Rabu depan (15 Februari 2023), tatkala media sosial terus menularkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan menurunkan harga petrol jika menjadi Perdana Menteri.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MoF) berkata harga petrol RON97 kekal RM3.35, manakala RON95 dan diesel masing-masing RM2.05 serta RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata MoF.

Sebelum ini, Anwar pada 17 Julai 2022 dipetik Astro Awani sebagai berkata beliau tidak menjadi Perdana Menteri dan tidak berdaya untuk menurunkan harga minyak

Kenyataan itu dikeluarkan Anwar sebagai menjawab sindiran pihak-pihak tertentu yang mempertikai janji-janji yang diberikannya jika parti itu menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Sekarang kalau kita berjaya (menang PRU) kali ini, janji kita akan tunaikan sepenuhnya. Ramai yang sindir pasal apa menang hari ini, kata turun minyak esok, kenapa tak tadi? Saya tidak menjadi Perdana Menteri nak buat macam mana?

“Kalau sekarang, dengan harga minyak sawit sekarang, tidak ada sebab minyak tidak boleh turun. Minyak mentah, minyak makan tidak boleh turun sebab pihak penguasa memikirkan cara menyelamatkan korporat di atas dan kita pula memikirkan rakyat di bawah.

“Kalau nak selamatkan kita, nak selamatkan mutu pendidikan, kesihatan, upah dan sebagainya, kita mesti sedia tolak kerajaan yang sudah berusia 60 tahun itu,” katanya semasa ucapan penggulungan Presiden pada Kongres Nasional Keadilan ke-16 di Shah Alam.

Berita berkaitan
Harga petrol tidak turun, kekal paras lama
22 jam lalu· Isu semasa
PMO pandang serius nama digunakan untuk kepentingan pihak tertentu
March 15, 2023· Isu semasa
Cadangan PMX cagar KWSP membimbangkan kesatuan bank, faedah mungkin tinggi
March 10, 2023· Isu semasa
Harga minyak petrol tak turun, kekal paras lama
March 8, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
20 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok