Had laju 30kmj – 50kmj di KL akan dibentang kepada DBKL pada April

March 21, 2022 · Isu semasa

Cadangan menurunkan had laju kenderaan kepada 30 kilometer sejam (kmj) dan 50 kmj di beberapa kawasan di pusat bandar di sini akan dibentangkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bulan depan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang mencadangkan perkara itu ketika ini masih membuat perincian dan penelitian mengenainya, lapor Bernama.

“Pengumpulan data serta analisis akan dibuat dan sekiranya dipersetujui maka ia akan diputuskan untuk dilaksanakan pada September ini. Kawasan yang terlibat dalam kajian MIROS ini adalah kawasan yang mempunyai had kelajuan 60km/j dan 40km/j.

Jalan-jalan yang telah diwartakan had kelajuan 70km/j dan 80km/j tidak termasuk dalam skop kajian penurunan had laju oleh MIROS ini,” katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang ingin tahu pendirian DBKL terhadap cadangan MIROS untuk melaksanakan had laju kenderaan 30km/j hingga 50km/j di kawasan terpilih, sebagai mengikut jejak langkah bandar raya Paris, Perancis yang mewartakan had laju tersebut pada Ogos tahun lepas.

Jalaluddin berkata DBKL juga berpandangan cadangan pelaksanaan had laju itu adalah baik kerana ia meningkatkan ciri-ciri keselamatan pengguna jalan raya yang lain seperti penunggang basikal dan pejalan kaki.

Berita berkaitan
DBKL tutup 44 premis dikendali warga asing
October 11, 2023· Isu semasa
Penonton dakwa dipukul pasukan keselamatan semasa perlawanan akhir Piala FA
July 24, 2023· Isu semasa
Dakwaan Presiden MCA harga tiket penerbangan tak betul: Menteri DAP
April 16, 2023· Isu semasa
1,335 kawasan di Selangor, KL dijangka alami gangguan air
February 12, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok