1,335 kawasan di Selangor, KL dijangka alami gangguan air

February 12, 2023 · Isu semasa

Sebanyak 1,335 kawasan di lapan wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan empat loji rawatan air (LRA) terpaksa menghentikan tugas selepas pencemaran bau dikesan di muka sauk LRA Rantau Panjang, Bestari Jaya, Kuala Selangor, malam tadi (11 Februari).

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, empat LRA terbabit ialah Rantau Panjang; SSP1; SSP2; dan SSP3.

“Lapan wilayah terjejas ialah Petaling membabitkan 370 kawasan dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, Kuala Selangor (280), Gombak (279), Klang dan Shah Alam (189), Kuala Lumpur (186), Hulu Selangor (28) dan Kuala Langat (tiga),” katanya dalam kenyataan melalui Facebook Air Selangor.

Menurut Air Selangor, pihaknya akan memaklumkan perkembangan berhubung insiden itu dari semasa ke semasa.

“Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor melalui talian 15300.

“Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan kepada Help Centre yang boleh didapati di laman: www.airselangor.com serta aplikasi Air Selangor,” katanya.

Terdahulu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mengesan bau seperti diesel di muka sauk LRA Rantau Panjang, malam tadi.

Susulan itu, LUAS berkata, pihaknya sedang melaksanakan tindakan mengenal pasti puncanya, sekali gus bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurutnya, tindakan kawalan di kawasan muka sauk empat LRA membabitkan Rantau Panjang, SSP1, SSP2 dan SSP3 turut dipertingkatkan.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok