Dakwaan Presiden MCA harga tiket penerbangan tak betul: Menteri DAP

April 16, 2023 · Isu semasa

Menteri Pengangkutan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) daripada DAP, Anthony Loke menjelaskan dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengenai harga tiket penerbangan Kuala Lumpur-Tawau, adalah tidak betul.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu berkata beliau telah menghubungi Malaysia Airline untuk mendapatkan maklumat mengenai harga tiket penerbangan seperti didakwa Ka Siong yang juga bekas Menteri Pengangkutan.

“Saya merujuk kepada kenyataan dalam Facebook YB Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang mendakwa kononnya harga tiket kelas ekonomi untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April ini mencecah RM3,138!

“Saya telah menghubungi Group CEO Malaysia Airlines (MAB), Captain Izham dan mengesahkan semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan KL-Tawau pada hari tersebut telah habis dijual dan tiket yang tinggal hanyalah kelas perniagaan.

“Beliau juga mengesahkan harga tiket tersebut bukan untuk kelas ekonomi tetapi ialah kelas perniagaan dan harga tiket tersebut ialah RM2,863.40 dan bukannya RM3,138,” kata Anthony Loke hari ini (16 April 2023).

Terdahulu, Ka Siong mempertikai harga tiket penerbangan menjelang perayaan Aidilfitri, terutama dari ibu negara ke Sabah, yang disifatkan terlalu mahal dan mengecewakan orang ramai.

Beliau mendakwa, hasil semakan tiket sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk kelas ekonomi bagi penerbangan pada 20 April ini, menjangkau sehingga RM3,138.

“Macam mana keluarga B40 dan M40 khususnya warga Tawau di perantauan nak beraya tahun ni? Pada masa ini, bukan waktu berlakunya pandemik Covid-19.

“Sektor penerbangan beransur pulih, kebanyakan pesawat tidak lagi didaratkan (grounded) seperti waktu pandemik. Tambang terlalu tinggi membebankan rakyat jelata,” kata Ka Siong.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata fakta yang diketengahkan Ka Siong perlu diperbetulkan.

“Sebagai mantan Menteri Pengangkutan, saya yakin YB Wee faham perbezaan antara tiket Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi,” katanya.

Berita berkaitan
RON97 naik dua sen, harga RON95 dan diesel kekal tak berubah
May 31, 2023· Isu semasa
MP Putrajaya kongsi surat tular kepada pelajar minta tonton filem Anwar
May 24, 2023· Politik
Kerajaan tak dedah kos belanja penerbangan PMX
May 23, 2023· Politik
Kenyataan Mat Maslan minta ahli UMNO sokong DAP logik: Loke
May 22, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
45 minit lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok