Guru ‘gurau rogol’ bakal kena tindakan: Menteri

April 28, 2021 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan tegas terhadap seorang guru lelaki yang didakwa membuat jenaka berbaur lucah di hadapan pelajar ketika sesi pembelajaran di sebuah sekolah di Selangor, baru-baru ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Radzi Jidin pihaknya tidak akan bertoleransi terhadap dakwaan berkenaan kerana kes itu turut disiasat oleh pihak polis.

Kementerian Pendidikan katanya, memandang serius kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan dalaman untuk tindakan selanjutnya.

“Untuk melihat keadaan sebenar jika ada kes, tindakan serius dan tegas sewajarnya akan diambil,” katanya pada sidang media, hari ini.

Baru-baru ini, satu klip video berdurasi 59 saat tular memaparkan dakwaan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun yang kesal dengan jenaka keterlaluan guru lelaki yang seolah-olah menggalakkan jenayah rogol.

Menurut pelajar itu, kejadian berlaku ketika kelas pendidikan jasmani di mana topik perbincangan adalah berkaitan kesedaran gangguan seksual dan cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan tersebut.

Bagaimanapun pelajar itu mendakwa, sesi pembelajaran yang berjalan lancar bertukar sebaliknya apabila guru terbabit mula membuat jenaka lucah berkaitan rogol.

Video dimuatnaik di aplikasi TikTok dan Twitter itu mengundang perdebatan warga maya yang rata-rata mengecam tindakan guru itu.

Berita berkaitan
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Rogol dua anak, bapa dipenjara 36 tahun dan kena 20 sebatan
May 10, 2023· Isu semasa
Pendekatan diperkenal PN buka peluang 22,327 graduan jadi guru
April 8, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok