Guan Eng dan Pua sentap dengan tuduhan terbaharu Dr Mahathir

December 7, 2021 · Isu semasa

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua berperang mulut dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pendedahan berhubung sikap angkuh kedua-dua pemimpin DAP itu semasa era Pakatan Harapan (PH) memerintah selama 22 bulan sebelum ini.

Dr Mahathir membidas Pua yang juga seorang Setiausaha Politik kepada Guan Eng ketika menjadi Menteri Kewangan sebelum ini sebagai seorang yang angkuh dan berlagak sehingga menyebabkan kedua-dua pemimpin DAP itu tidak senang duduk dengan kritikan tersebut.

“Dia (Pua) terlalu angkuh.

“Beliau berkelakuan macam dialah yang menteri. Sebagai Setiausaha politik, anda harus lapor isu politik dalam negara, bukan pergi keliling laksanakan polisi kerajaan,” kata Dr Mahathir berhubung kritikannya terhadap Pua semasa sesi dalam talian hari ini.

Menerusi buku berjudul “Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia”, Dr Mahathir berkata terpaksa menghentikan tindakan seorang pemimpin DAP yang didapati menyertai mesyuarat di luar bidang kuasanya.

“Terdapat juga beberapa insiden penasihat ini bercakap di khalayak ramai mewakili kerajaan meskipun tidak mempunyai jawatan.

“Ini bukannya cara fungsi sebuah kerajaan, dan saya terpaksa menghentikan semua ini segera, tingkah laku sebegini yang memberi ruang kepada tentera siber UMNO untuk memainkan isu perkauman,” katanya menerusi buku setebal 304 muka surat yang akan mula dijual pada bulan ini.

Dakwaan Dr Mahathir mendapat respon daripada Ahli Parlimen Damansara, Pua yang mengakui dirinya sebagai individu yang dimaksudkan tersebut.

Pua berkata, projek yang dirujuk adalah bangunan pencakar langit, Exchange 106, yang merupakan sebahagian daripada Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur, yang dibangunkan oleh Mulia Property Development Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan taikun Indonesia, Djoko Tjandra.

Namun begitu, beliau berkata tidak pernah terlibat dalam sebarang rundingan dengan syarikat tersebut, dan menyatakan bahawa Guan Eng memintanya “memerhatikan kemajuan dan resolusi” isu berkaitan projek tersebut.

Guan Eng juga turut memberi respon terhadap kritikan Dr Mahathir dan mempertahankan penasihatnya itu.

“Tidak adil untuk Dr Mahathir menuding jari terhadap hanya satu penasihat yang dipercayai. Saya pasti Dr Mahathir juga sedar perkara ini. Beliau juga mempunyai ramai penasihat yang dipercayai melibatkan pelbagai portfolio termasuk yang bukan kakitangan awam.

“Malah beliau pernah mengugut memecat saya tiga kali daripada kabinet namun kami tenang sahaja dan terus menjalankan tugas rasmi. Sentimen peribadi mesti diketepikan,” katanya seperti dilaporkan Free Malaysia Today .

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
14 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok