Genap 100 hari Ismail Sabri jadi PM, harga barang pun naik juga

November 28, 2021 · Isu semasa

Cukup 100 hari Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri Malaysia kesembilan hari ini tetapi pada masa sama harga barang keperluan rakyat juga nampaknya naik mendadak.

Senario kenaikkan harga barang ini menggusarkan hati orang ramai yang sudah terjejas akibat pandemik Covid-19 dan setakat ini tidak nampak pendekatan yang proaktif diambil kerajaan Ismail Sabri dalam menangani permasalahan tersebut.

Walaupun penularan Covid-19 sudah semakin reda sedikit hasil perancangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdahulu yang kemudiaan diteruskan oleh Ismail Sabri, namun orang ramai kini sudah mula merungut kerana harga keperluan barangan harian asas yang naik secara tiba-tiba.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan kenaikan harga ayam dan sayur-sayuran berpunca peningkatan kos operasi syarikat penternakan, kos import, kenaikan harga baja dan racun antara punca menyumbang kepada kenaikan harga produk itu di pasaran ketika ini.

“Beberapa pelan tindakan sedang dirangka melibatkan ketiga-tiga kementerian (Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) dan saya amat berharap tindakan ini dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin bagi membantu pengguna dan peniaga yang terkesan teruk,” kata Nanta menerusi kenyataan di Facebook pada 25 Nov lepas.

Kenaikan harga barang basah itu sebenarnya turut merunsingkan para peniaga dan mengatakan kenaikan itu tidak dapat dielakkan atas beberapa faktor terutama daripada pihak pembekal.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) Mohammad Pandu Insani Yahya berkata berikutan itu peniaga juga terpaksa mengeluarkan modal tinggi untuk mendapatkan barangan tersebut menyebabkan berlaku sedikit kenaikan harga.

“Apabila kami beli pun harganya sudah meningkat, kos kenaikan itu juga terpaksa ditanggung pembeli namun saya harapkan peniaga janganlah ambil kesempatan untuk naik harga melambung.
“Kadang-kadang kami rugi apabila pembeli tidak membeli barangan kami,” katanya lapor Bernama.

Seorang peniaga daging lembu tempatan Muhammad Latiff, 25, mengakui harga seperti daging lembu tempatan, paru dan tulang import agak sedikit meningkat hingga ada pembeli enggan membeli daging kerana dikatakan mahal.

Sementara itu, peniaga ayam, Zakaria Hamzah, 35, berkata peningkatan harga ayam kali ini membuatkan dia sebagai peniaga rasa tertekan kerana berada dalam dilema antara pelanggan dan pembekal.

“Kami sebagai peniaga perlu menaikkan harga barang, kalau dahulu kami boleh menjual RM7.50 hingga RM8 sekilogram kini kami terpaksa menjual dengan harga RM9.50 hingga RM10 sekilogram kami pening untuk menjawab kepada pelanggan kami,” katanya.

Kenaikan harga barangan terutama barang basah sejak kebelakangan ini benar-benar memberi kesan kepada pengguna yang masih berdepan dengan pandemik Covid-19 dan meminta sesuatu dapat dilakukan agar kenaikan harga itu dapat dikawal.

Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan pada pada 21 Ogos lalu susulan kemelut politik yang dicetuskan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama 15 Ahli Parlimen yang lain menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Susulan langkah tersebut, Muhyiddin menamakan Ismail Sabri sebagai penggantinya dan mengakibatkan Zahid terpaksa akur dengan langkah tersebut walaupun pada awalnya merancang menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggapnya sebagai seorang cikgu.

Sementara itu di ibu kota, sekumpulan pemuda parti Amanah dan biro mobilisasi parti itu turun ke jalan raya hari ini untuk melakukan flash mob di 14 lokasi di seluruh negara bagi menyuarakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan keperluan asas.

Flash mob itu diadakan secara rentak kira-kira pada jam lima petang tadi termasuk di sekitar kompleks beli-belah Sogo di Kuala Lumpur, yang disertai kira-kira 20 orang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer Sany Hamzan.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok