Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang

January 9, 2024 · Isu semasa

Kira-kira 590,000 atau lebih 80 peratus penduduk Pulau Pinang akan berdepan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 6 pagi esok bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam, manakala 157 kawasan membabitkan daerah SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam, lapor Bernama.

Bagi memberi kemudahan kepada penduduk sepanjang berdepan gangguan, PBAPP akan menggunakan 99 lori tangki air termasuk 27 lori tangki jumbo berkapasiti 40,000 liter untuk menghantar bekalan kepada pengguna yang terjejas dengan gangguan bekalan air yang dijangka hingga 6 pagi 14 Jan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K. Pathmanathan berkata pihaknya juga akan memasang 97 tangki air statik termasuk 19 tangki fleksi gajah serta ratusan tangki statik tambahan yang disediakan Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen di pelbagai kawasan.

“Semua lori tangki telah diisi dan sedia membekalkan 1.85 juta liter air sehari (JLH), manakala semua tangki statik PBAPP juga telah ditempatkan dan diisi di lokasi strategik. Pasukan kerja siap siaga untuk memulakan kerja, semua peralatan, alat ganti dan jentera berat telah dipasang di LRA Sungai Dua dan lokasi lain,” katanya dalam kenyataan itu.

Pathmanathan berkata kira-kira 1,300 kakitangan PBAPP dijadualkan 24 jam untuk mendapatkan semula perkhidmatan bekalan air dalam empat peringkat pemulihan dari 12 hingga 14 Jan, manakala Pusat Panggilan 24 jam PBAPP (04-2558255) dimobilisasi secara penuh untuk menangani jumlah panggilan lebih tinggi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata tugas pembaikan di LRA Sungai Dua membabitkan penggantian dua injap sepanjang 1,200 milimeter di dalam saluran air paip terawat utama yang mengalami kebocoran.

“Ia membabitkan kerja penyelenggaraan berskala besar selain membabitkan projek air sampingan di 22 lokasi lain di seluruh negeri khususnya injap rosak dan bocor dengan ada bahagian yang sudah tidak diganti selama 50 tahun.

“Kerja pembaikan mengambil masa sehari dan selepas selesai kami akan membekalkan semula bekalan air secara berperingkat dan kami jangka bekalan air akan pulih seperti biasa antara 48 jam hingga 96 jam,” katanya.

Zairil berkata tidak semua kawasan akan mengalami gangguan bekalan kerana beberapa kawasan termasuk di Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang mendapat bekalan air dari LRA Air Itam dan LRA Teluk Bahang.

Berita berkaitan
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
June 2, 2023· Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang tak rancang sekat jual arak seperti DBKL
November 30, 2021· Isu semasa
Gangguan bekalan air pulih sepenuhnya
October 16, 2021· Isu semasa
Kerajaan P. Pinang mahu teruskan projek tambak, fail semakan kehakiman
September 16, 2021· Isu semasa
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
24 Jan keputusan kes rasuah Zahid
December 6, 2021
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok