Kerajaan DAP P. Pinang tak rancang sekat jual arak seperti DBKL

November 30, 2021 · Isu semasa

Penjualan arak di Pulau Pinang akan diteruskan seperti biasa dan tidak disekat seperti yang berlaku di Kuala Lumpur, kata Exco kerajaan negerinya Zairil Khir Johari.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri itu berkata tiada sebarang rancangan atau langkah untuk mengenakan ekatan tambahan berhubung penjualan arak di kedai-kedai yang dibenarkan menjual minuman keras tersebut, ia berbeza dengan langkah yang diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Setakat pengetahuan saya, buat masa ini kerajaan negeri tidak ada membuat apa-apa rancangan baharu untuk sekatan tambahan (penjualan arak).

“Untuk kes seperti mana di DBKL, buat masa ini juga kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan untuk menghalang kedai-kedai yang dibolehkan menjual arak,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Zairil terdahulu menjawab soalan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Berhubung isu kemalangan yang disebabkan pemandu mabuk jelasnya, sudah terdapat undang-undang jalan raya sedia ada bagi kes sebegitu iaitu Seksyen 44(1) dan 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Zairil (DAP-Tanjung Bungah) menjawab soalan tambahan Mohd. Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) sama ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia mengambil langkah pencegahan dan kawalan penjualan arak seperti dilakukan DBKL.

Terdahulu, Mohd. Yusni turut membangkitkan mengenai beberapa kejadian kemalangan melibatkan pemandu mabuk di negeri ini terutama yang menyebabkan kematian kepada pihak lain.

Selain itu, beliau turut menarik perhatian yang mana Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor turut mengesyorkan semua negeri termasuk Pulau Pinang mencontohi langkah yang diambil DBKL.

Bermula 1 November lalu, DBKL mula menguatkuasakan larangan penjualan arak (liquor) di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina selepas ditangguhkan selama sebulan.

Bagaimanapun, penjualan bir oleh premis terbabit masih dibenarkan tetapi hanya bermula pukul 7 pagi hingga 9 malam seperti yang terkandung dalam syarat baharu untuk permohonan Lesen Minuman Keras (LMK).

Berita berkaitan
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024· Isu semasa
Laporan polis dibuat berhubung video tular jambatan kedua retak
October 30, 2023· Isu semasa
Dakwaan jambatan kedua Pulau Pinang retak palsu
October 29, 2023· Isu semasa
Kes rasuah terowong: Saksi beritahu RM2 juta diberi kepada Guan Eng dan Najib
October 23, 2023· Politik
Popular
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok