Dakwaan jambatan kedua Pulau Pinang retak palsu

October 29, 2023 · Isu semasa

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan dakwaan struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) retak seperti yang tular di media sosial sejak hari ini.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata pihaknya telah pun membuat semakan bersama Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dan kejadian bukan berlaku di lokasi yang dinyatakan, lapor Bernama.

Sebaliknya, Zairil berkata ia adalah video lama yang berlaku di luar negara sekitar tahun 2014.

“Sedang tular di kumpulan-kumpulan WhatsApp berkaitan video kononnya Jambatan Pulau Pinang telah retak seperti di dalam video tersebut.

Semakan mendapati video tersebut merupakan video lama dan insiden jambatan retak tersebut berlaku di luar negara sekitar tahun 2014,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Justeru, Zairil berharap orang ramai supaya berhenti menularkan video berkenaan dan berita tidak sahih kerana dikhuatiri akan menimbulkan ketakutan kepada masyarakat.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 27 saat tular di media sosial yang dirakam seorang individu mendakwa struktur JSAHMS retak dan meminta pengguna jambatan itu supaya berhati-hati.

Berita berkaitan
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023· Politik
Video tular J-KOM satu aib untuk kerajaan, kata MP Pasir MAS
November 22, 2023· Politik
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023· Politik
Tak sesuai mabuk depan orang awam sebagai menteri, sindir Wan Saiful
November 1, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok