Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah

November 17, 2023 · Politik

Setakat ini, pihak polis masih belum menerima laporan berhubung penularan satu rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dalam media sosial.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang memberitahu tiada laporan diterima pihaknya tetapi sedia maklum dengan penularan video kontroversi tersebut di dalam media sosial ketika ini.

“Tiada lagi laporan setakat ini, namun, penularan itu sudah ada dalam pengetahuan kita (polis),” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, video berdurasi tiga minit tiga saat itu tular dalam media sosial.

Menerusi rakaman video itu boleh didengar secara jelas perbualan sesama lelaki itu melalui panggilan video seperti pasangan kekasih yang sedang ‘memancing’ untuk melakukan hubungan intim.

Sementara itu, memetik laporan media sebelum ini, Mohammad Agus mengesahkan menghantar surat peletakan jawatan.

Beliau berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Katanya, keputusan berkenaan dilakukan berikutan beliau menerima tawaran pekerjaan baharu dan bukan disebabkan tekanan oleh mana-mana pihak.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
17 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
17 jam lalu· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
17 jam lalu · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023 · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok