Video tular J-KOM satu aib untuk kerajaan, kata MP Pasir MAS

November 22, 2023 · Politik

Kerajaan menerima aib yang memalukan susulan penularan video perbualan lucah melibatkan pemimpin tertinggi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), kata Ahmad Fadhli Shaari.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mempertikaikan kontroversi yang tercetus baru-baru ini apabila tular video perbualan lucah yang didakwa disunting melibatkan Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dengan seorang individu bernama Wahab.

“Kita tidak mahu apa yang tular dalam video baru-baru ini, sangat memalukan walaupun bawah siasatan pihak polis.

“Tetapi saya perlu menyebut ia perlu jadi pengajaran kepada kita semua untuk lantik mana-mana pihak untuk mengetua agensi kerajaan.

“Kalau video itu benar, ia sangat mengaibkan. Kalau video itu tidak benar bahkan dalam kenyataan yang disebut, ia merupakan konspirasi dari orang dalam jabatan kerajaan.

“Itu pun lebih teruk lagi kerana jabatan kerajaan telah dijadikan lubuk untuk menjatuhkan antara satu sama lain lalu dibuat video yang mengaibkan. Ini satu detik yang sangat mengaibkan bagi kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Tegas beliau, walaupun video itu masih dalam siasatan polis namun sekiranya ia benar, ia sangat mengaibkan bagi kerajaan.

Agus semasa sidang media sebelum ini mendakwa tindakan itu dipercayai dilakukan pihak tertentu yang sengaja mahu menjatuhkan reputasi beliau dengan menyebarkan video yang didakwanya sebagai palsu.

Lelaki bernama Wahab atau nama sebenarnya Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mengaku merakam video asal yang didakwa sudah diubah suai itu.

Dia mendakwa diarah pegawai atasan yang digelarnya sebagai ‘Mr H’ untuk merakam perbualan bersama Ketua Pengarah J-KOM itu.

Kelmarin, Agus mendedahkan identiti ‘Mr H’ selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
4 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
21 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok