Kes rasuah terowong: Saksi beritahu RM2 juta diberi kepada Guan Eng dan Najib

October 23, 2023 · Politik

Mahkamah diberitahu sebanyak RM2 juta wang sogokan diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak pada 2017.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, saksi utama, Datuk Zarul Ahmad Zulkifli, berkata dua pekerjanya – Azli Adam dan Ibrahim Sahari diarahkan menunaikan cek RM2 juta, yang bertujuan sebagai bayaran kepada Pengerusi DAP itu.

Menurut Pengarah Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG) itu lagi, wang itu sebahagian sogokan didakwa diterima Guan Eng daripada projek terowong itu.

“Saya mengeluarkan (sejumlah) RM4 juta, RM2 juta dalam bentuk tunai dan (baki) RM2 juta dalam bentuk cek.

“Wang tunai RM2 juta daripada simpanan saya dan diberikan kepada Najib.

“RM2 juta lagi, datang daripada cek (untuk) diberikan kepada Lim Guan Eng,” kata Zarul dipetik laporan FMT.

Guan Eng berdepan pertuduhan menggunakan kedudukannya meminta Zarul komisen 10% daripada keuntungan daripada projek terowong bawah laut, dan menerima RM3.3 juta daripada ahli perniagaan ahli perniagaan G Gnanaraja.

Beliau juga berdepan dua tuduhan penyelewengan tanah negeri bernilai RM208.7 juta.

Beliau turut mendedahkan dana tersebut bertujuan diberikan kepada Najib diserahkan kepada Gnanaraja yang kemudiannya didakwa di Shah Alam atas tuduhan menipu.

Zarul berkata, beliau beranggapan Najib berada pada kedudukan “mempengaruhi” Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan terhadap Guan Eng.

Peguam Guan Eng, Gobind Singh Deo bagaimanapun menuduh Zarul berbohong.

Gobind menegaskan bahawa Zarul memberitahu SPRM dalam kes penipuan melibatkan Gnanaraja hanya satu cek sahaja dikeluarkan.

Beliau berkata, Gnanaraja memperdaya Zarul untuk mempercayai dia boleh membantu menutup siasatan yang sedang berjalan kepada pengubahan wang.

Dalam maklum balas, Zarul memberitahu mahkamah beliau telah “membetulkan” kenyataannya kepada SPRM berhubung wang tunai dan cek berkenaan.

Ditanya sama ada beliau cuba “meletakkan kesalahan” terhadap Guan Eng, Zarul menjawab: “Saya tidak setuju.”

Pendengaran bersambung esok di hadapan Hakim Azura Alwi, yang mana mahkamah dijangka mendengar permohonan Guan Eng bagi mendapatkan kenyataan direkod daripada Zarul oleh SPRM.

Sementara itu, mahkamah menetapkan tarikh-tarikh baharu perbicaraan iaitu pada 1 dan 2 November ini dan tahun depan iaitu pada 16 dan 17 Januari, 26 dan 27 Febuari, Mac (4, 6, 15), April (1, 2, 3, 4) serta 2 dan 3 Mei.

Guan Eng sedang dibicarakan atas pertuduhan menerima suapan wang RM3.3 juta sebagai tindakan membantu CZBUCG milik Zarul dilantik melaksanakan projek terowong dasar laut dan jalan utama bernilai RM6.3 bilion.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di antara bulan Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Selain itu, beliau didakwa terhadap tuduhan pindaan meminta suapan iaitu balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh Zarul sebagai upah membantu syarikat miliknya dilantik melaksanakan projek itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara pukul 12.30 pagi dan 2 pagi, pada bulan Mac 2011 berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
7 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
46 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok