Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah

September 25, 2023 · Isu semasa

Seorang daripada empat lelaki yang direman bagi membantu siasatan insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, Sabtu lepas, didapati positif terhadap dadah jenis Methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata keputusan diperoleh selepas saringan air kencing dijalankan terhadap kesemua lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu, lapor Bernama.

“Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussin turut menasihatkan orang ramai agar tidak gusar dengan kejadian itu berikutan siasatan yang telus akan dijalankan tanpa kompromi mengikut undang-undang.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengelirukan masyarakat,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menyalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi menerusi talian 07-8831 222 atau pegawai penyiasat kes ASP Ng Han Shoong menerusi talian 016-5488 810 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Hayda Faridzal Abu Hassan membenarkan perintah reman terhadap keempat-empat lelaki tersebut selama tiga hari bermula hari ini.

Pergaduhan yang berlaku Sabtu lepas ketika acara DIBW 2023 di Desaru itu dipercayai berpunca akibat salah faham antara dua kumpulan peserta motosikal tempatan dan Amerika Syarikat.

Berita berkaitan
Seorang warga Syria didakwa melakukan khianat bakar bilik hotel
November 10, 2023· Isu semasa
Lelaki intai wanita di tandas pasar raya ditahan polis
October 23, 2023· Isu semasa
Polis rampas dadah RM3.1 juta disimpan dalam kereta
October 18, 2023· Isu semasa
Tiga individu ditahan termasuk anggota penguat kuasa SPRM minta rasuah
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
7 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
7 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok