Fokus Dewan Rakyat, MoU pengambilan pekerja asing dan pembiayaan subsidi

July 19, 2022 · Isu semasa

Isu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia berhubung pengambilan pekerja republik itu serta kaedah kerajaan membiayai jumlah keseluruhan subsidi dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, soalan berhubung isu MoU itu diajukan Anthony Loke (PH-Seremban) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri yang mahu Menteri Sumber Manusia menjelaskan faktor yang menyebabkan Indonesia membekukan penghantaran pekerjanya ke Malaysia, lapor Bernama.

Turut tersenarai, soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) kepada Menteri Kewangan berkaitan kaedah kerajaan membiayai jumlah keseluruhan subsidi yang dijangka akan mencecah RM80 bilion bagi tahun ini dan bentuk pembaharuan dasar subsidi yang sedang dirancang.

Pada sesi soal jawab pula, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan status projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kereta api berkelajuan tinggi (HSR), Lebuhraya Pan Borneo, transit ali­ran massa (MRT), dan lebuh raya baharu bagi mengurangkan kesesakan terutama ketika cuti panjang dan perayaan.

Selain itu, isu jenayah komersial akan diajukan Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan pendekatan kerajaan dalam membanteras jenayah yang membabitkan penipuan dalam talian.

Turut dijangka menjadi tumpuan adalah sesi pembentangan untuk bacaan kali pertama bagi Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022, diikuti Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022, Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

Selesai sesi tersebut, persidangan akan diteruskan dengan menyambung perbahasan Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari hingga 4 Ogos.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok