Fokus Dewan Rakyat, isu kestabilan rantaian makanan antara tumpuan

July 20, 2022 · Isu semasa

Persoalan mengenai cabaran yang dihadapi sektor agromakanan dalam memastikan rantaian bekalan makanan negara kekal stabil dan lancar antara topik yang dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, soalan itu diajukan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, lapor Bernama.

Charles Anthony Santiago (PH-Klang) pula bertanyakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekiranya kementerian itu mempunyai rancangan memperkenalkan cuti haid dan subsidi tuala wanita sebagai sebahagian daripada perlindungan sosial untuk wanita dari keluarga B40.

Tumpuan juga dijangka diberikan kepada soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) yang bertanya kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai sejauh mana konsep Pelancongan Islamik diketengahkan dalam memajukan sektor pelancongan di Malaysia.

Isu mengenai masalah bank scam yang kerap berlaku melibatkan wang dalam akaun pendeposit bank dipindah tanpa pengetahuan pula disentuh Chong Chieng Jen (PH-Stampin) melalui soalan yang diajukan kepada Menteri Kewangan.

Beliau bertanyakan mengenai dasar dan langkah yang akan diambil oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia bagi mengatasi perkara itu, selain langkah untuk memulihkan keyakinan rakyat ke atas keselamatan wang mereka di bank.

Turut dijangka menjadi tumpuan adalah sesi pembentangan untuk bacaan kali pertama bagi 10 Rang Undang-Undang, antaranya Rang Undang-Undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2022.

Selesai sesi tersebut, persidangan akan diteruskan dengan menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari hingga 4 Ogos.

Berita berkaitan
Macau Scam: Warga emas kerugian RM140,000
January 17, 2023· Isu semasa
Janji kuota 30 peratus kepada Wanita UMNO dimungkiri Zahid, kata perwakilan
January 12, 2023· Politik
Wan Saiful bidas MP kerajaan suka melolong dalam Dewan Rakyat
December 24, 2022· Politik
Selepas tak tercalon, Mastura bidas BN mungkiri janji 30 peratus calon wanita
November 2, 2022· Politik
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Zahid mohon pasport dikembalikan, kata PM beri mandat dalam urusan pentadbiran
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
16 jam lalu · Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
16 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
14 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok