Firma penarafan semak unjuran KDNK 2023 negara turun jadi 4 peratus

August 23, 2023 · Isu semasa

BMI, sebuah firma di bawah Fitch Solutions, menyemak turun unjuran bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.0 peratus bagi 2023 daripada 4.2 peratus sebelum ini.

Terdahulu, KDNK Malaysia pada suku tahun kedua 2023 menyusut kepada 2.9 peratus selepas mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus pada suku tahun sebelumnya.

BMI menjelaskan bacaan lebih lemah berbanding jangkaan bagi suku kedua 2023 menyebabkan unjuran pertumbuhan 2023 ssebanyak 4.2 peratus sebelum ini dilihat terlalu optimis, memandangkan data itu menunjukkan ekonomi tempatan mesti berkembang pada purata 4.1 peratus tahun ke tahun pada separuh kedua tahun ini, lapor Bernama.

“Walau bagaimanapun, ini menjadi cabaran untuk dicapai memandangkan permintaan global semakin lemah dan keadaan monetari yang ketat,” tambahnya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut BMI analisis lanjut terhadap angka KDNK terkini menunjukkan peningkatan sumbangan pelaburan kepada pertumbuhan KDNK sebenar daripada 0.9 mata peratusan (pp) pada suku pertama 2023 kepada 1.1 pp pada suku kedua.

Walau bagaimanapun, momentum ini dijangkakan tidak lama kerana kos pinjaman yang tinggi akan menjejaskan minat perniagaan domestik dan asing untuk meminjam dan melabur, jelas BMI.

Bagi menggambarkan perubahan yang kekal untuk perniagaan, Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan Malaysia mencecah 47.8 pada Julai 2023 — bulan ke-11 berturut-turut berada di bawah paras 50.0, sekali gus membayangkan penguncupan.

“Melangkaui cabaran domestik, kami mengekalkan pandangan bahawa kelemahan permintaan global akan mengekang prestasi eksport Malaysia tahun ini.

“Sememangnya, eksport bersih telah mengeluarkan 0.7 pp daripada pertumbuhan KDNK pada suku kedua, membesarkan -2.3 pp yang dicatatkan pada suku pertama. Angka nominal bagi 2023 setakat ini menunjukkan lagi eksport menguncup secara purata 5.0 peratus tahun ke tahun bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, dengan penguncupan ketara sebanyak 14.0 peratus tahun ke tahun pada Jun, walaupun ini berkurangan kepada -13.0 peratus tahun ke tahun pada Julai.

“Walau bagaimanapun, kebanyakan kelemahan kini mungkin tidak menjejaskan kita.” menurutnya.

Daya tahan ekonomi Malaysia didorong terutama oleh penggunaan namun, BMI menjangkakan kekuatan ini akan tidak stabil memandangkan kesan keadaan monetari yang ketat mempengaruhi ekonomi.

BMI percaya bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah melengkapkan kitaran kenaikan kadarnya pada 3.00 peratus, dengan kadar dasar semalaman dinaikkan sebanyak 125 mata asas (bps) kumulatif sejak Mei 2022 — paling ketara sejak dimulakan.

BMI menjangkakan ini akan mempengaruhi sektor ekonomi yang sensitif dengan kadar faedah, termasuk penggunaan dan pelaburan.

“Secara khususnya, kami menekankan bahawa permintaan awal yang terpendam berikutan pemansuhan sekatan pergerakan disebabkan COVID-19 telah berkurangan, dengan isi rumah mengurangkan simpanan dengan berbelanja sejak April 2022.

“Justeru, kami tidak menjangkakan sebarang penurunan kadar akan berlaku sebelum separuh pertama tahun depan, menunjukkan bahawa tetapan monetari akan kekal ketat bagi beberapa bulan akan datang,” tambahnya.

Berita berkaitan
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
October 2, 2023· Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
RM60.6 juta dipindahkan ke akaun Najib antara Feb-Jun 2011: Saksi
September 19, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
September 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
4 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
17 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
17 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
17 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok