Firma guaman mohon kebenaran 1MDB dedah fail sulit penyelesaian

October 17, 2023 · Isu semasa

Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) memohon persetujuan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mendedahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa dokumen berkaitan perjanjian penyelesaian berkaitan Goldman Sachs dan AmBank.

Rakan kongsi firma guaman itu, Palpanaban Devarajoo berkata demikian dalam afidavit balasnya yang difailkan semalam bagi permohonan SPRM itu di Mahkamah Tinggi yang meminta syarikat berkenaan mengemukakan dokumen berhubung penyelesaian tersebut, lapor Bernama.

“Firma telah menulis surat kepada bekas pelanggan kami, 1MDB pada 16 Okt bagi mendapatkan kebenaran dan kuasanya untuk mendedahkan dokumen sulit berkaitan dengan permohonan sekarang,” kata peguam itu, sambil menambah bahawa firma tersebut telah diberikan salinan tindakan undang-undang SPRM kira-kira 2.50 petang 13 Okt lepas.

“Firma akan memfailkan maklum balas substantifnya kepada permohonan itu dalam masa terdekat selepas peguam (dikekalkan oleh firma guaman untuk perkara ini) mempunyai peluang untuk menasihati kami,” katanya.

Beliau membacakan bahagian afidavit itu semasa pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy, yang kemudiannya menetapkan 9 Nov untuk sebutan.

Semalam, SPRM memohon untuk mendapatkan dokumen daripada dua peguam yang disyaki menerima rasuah dan menerima hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang dalam penyelesaian antara kerajaan Malaysia dengan Ambank dan Goldman Sachs berhubung isu 1MDB.

Permohonan itu dibuat dalam dua permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 11 Okt lepas.

SPRM menamakan Chetan Jethwani dan firma guamannya, Chetan Jethwani & Co, sebagai responden dalam satu permohonan, manakala Rosli Dahlan dan Rosli Dahlan Saravana Partnership dinamakan sebagai responden dalam permohonan lain.

SPRM memohon responden mengemukakan 10 dokumen, termasuk surat pelantikan mereka sebagai peguam untuk Goldman Sachs (Chetan) dan 1MDB (Rosli), penyata akaun bank mereka dan penyata akaun bank syarikat mereka.

Menurut SPRM, dokumen itu diperlukan untuk mengenal pasti peranan dan tindakan kedua-dua peguam itu dalam melaksanakan skim yang mengurangkan jumlah pemulihan aset dalam penyelesaian ke atas jumlah yang perlu dibayar kepada kerajaan Malaysia.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
5 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023 · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok