Fazley Yaakob kongsi tip pembelajaran anak di rumah

October 3, 2021 · Isu semasa

Walaupun sekolah bakal dibuka secara berperingkat mulai Oktober ini, masih ramai ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

Kebimbangan mereka terhadap  pandemik Covid-19 yang melanda dunia Mac 2020 menyebabkan ibu bapa lebih selesa anak-anak belajar di rumah berbanding di sekolah yang mungkin berlaku risiko jangkitan Covid-19.

Dalam situasi pandemik yang membimbangkan ini, chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob isteri, Datin Azrene Ahmad memilih untuk mengajar sendiri anak-anak di rumah. Difahamkan, ketiga-tiga anak lelakinya sudah diberhentikan sekolah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Januari lalu.

Fazley menghentikan persekolahan tiga anaknya di sebuah sekolah antarabangsa di sini bagi mengikuti kaedah pembelajaran secara dalam talian dari rumah mengikut sistem disediakan Wolsey Hall Oxford dari United Kingdom.

Fazley berkata, tiga anaknya iaitu Ahmad Fariedz Shah, 13; Ahmad Fieradz Shah, 12; dan Ahmad Firudz Shah, 10, sudah beberapa bulan bersekolah secara dalam talian di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dengan mengikuti sistem itu.

“Apa yang berlaku ketika ini membuatkan kami bimbang dengan keselamatan anak-anak di sekolah. Jadi, kami berbincang dan terfikir untuk mengguna kaedah pembelajaran di rumah tapi mengikut sistem yang berkesan. Maka, kami berusaha mencari kaedah diinginkan.

“Justeru, selepas membuat pencarian didapati sistem pembelajaran di rumah disediakan Wolsey Hall Oxford ini sangat sesuai untuk anak-anak kami. Namun, saya ambil masa sebulan juga untuk membuat keputusan memberhentikan anak-anak di sekolah antarabangsa dan bersekolah di rumah,” katanya.

Fazley berkata, keputusan itu juga memberi peluang kepadanya menguruskan anak-anak di rumah sekali gus merapat dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Dia dan isteri berganding bahu dan saling membantu memberi perhatian kepada pembelajaran anak-anak mereka.

Dalam pada itu, Azrene memberitahu, kaedah yang dia dan suami pratikkan berbeza dengan PDPR. Kalau PDPR semua dalam talian dan  cikgu yang mengajar.

“Cara kami Our style of ialah  “parent-led”. Maknanya yang jadi guru besar, cikgu ialah ibu bapa. Ia bukan mudah dalam  pembahagian masa.

“Tetapi anak-anak kami gembira kerana sekolah  antara dua hingga empat jam sehari, kerja rumah selesai dan dapat menghabiskan masa dengan ibu bapa. Selain itu, ada peningkatan prestasi yang amat ketara, ada peningkatan dari segi tingkah laku.

“Cara kami memerlukan komitmen 100 peratus daripada ibu bapa. Ganjaran apabila kita lihat keadaan anak-anak , memang amat memuaskan,” ujarnya.

Tambah Azrene, kos sistem ini tidak setinggi   kos yuran sekolah antarabangsa walaupun anak-anak belajar di rumah.

Yuran sekolah di rumah ini secara keseluruhan kurang satu pertiga daripada keseluruhan yuran sekolah antarabangsa walaupun silibus sama.

“Kos banyak melibatkan teknologi. Contohnya wifi, komputer riba, telefon pintar dan beberapa peralatan sekolah yang lain seperti pen, pensil, pemadam, pembaris dan sebagainya. Buku teks sekolah pun sangat minimum kerana  kebanyakan buku teks seperti matematik dan sejarah boleh dimuat turun melalui laman sesawang,” ceritanya.

Dalam pada itu,  Fazley dan isteri  turut berkongsi petua termasuk sebelum mengajar anak-anak, ibu bapa perlu belajar dan memahami topik yang akan diajar terlebih dahulu bagi memastikan ilmu yang disampaikan adalah tepat dan betul.

“Memisahkan status ibu bapa dan anak-anak semasa sesi pembelajaran berlangsung, dengan menganggap anak-anak adalah pelanggan dan ini bertujuan mengubah persepsi anak-anak. Dalam situasi ini anak-anak akan sedar bahawa mereka perlu belajar dengan baik kerana mereka sedang berada dalam sesi formal antara guru dan pelajar,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok