Facebook, Instagram dan WhatsApp alami gangguan global

October 5, 2021 · Isu semasa

Facebook Inc memaklumkan mereka sedang berusaha untuk memulihkan akses ke platform media sosialnya, termasuk platform perkongsian foto Instagram dan aplikasi pemesejan WhatsApp, setelah berlaku gangguan global.

Platform ini telah ditutup untuk jutaan pengguna pada Isnin, menurut laman web pengesanan gangguan Downdetector.com.

Laman web menunjukkan platfom berkenaan tidak dapat diakses di kawasan padat penduduk seperti Washington, DC, dan Paris, dengan masalah yang dilaporkan dari sekitar 11.45 malam tadi waktu Malaysia.

“Kami menyedari ramai individu menghadapi masalah untuk mengakses aplikasi dan produk kami.

“Kami berusaha untuk memulihkan keadaan secepat mungkin, dan kami meminta maaf atas ketidakselesaan ini,” kata Facebook di Twitter

Mesej serupa yang mengesahkan masalah dan gangguan itu juga disiarkan di akaun Twitter WhatsApp.

Pengguna di seluruh dunia terutama Amerika Syarikat (AS), Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Asia Pasifik termasuk Malaysia, melaporkan masalah yang dihadapi.

Menurut beberapa laporan, kejadian ini membabitkan seluruh dunia dan lebih lama daripada gangguan yang berlaku pada 2019 yang mengambil masa sekitar satu jam untuk pulih semula.

Mesej ralat muncul di Facebook.com sepanjang hari berbunyi: “Sorry, something went wrong. We’re working on it and we’ll get it fixed as soon as we can.”

Sehingga berita ini ditulis, ketiga-tiga platform media sosial itu masih belum pulih. – Agensi

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023· Isu semasa
Status FB Mahfuz jadi bahan orang ramai selepas kalah sekali lagi
August 21, 2023· Politik
Kes penceramah pro-PH hina Sultan Selangor, mahkamah tolak permohonan Wan Ji
August 14, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok