Exco kerajaan BN-PH Melaka angkat sumpah Rabu

April 3, 2023 · Isu semasa

Semua ahli Exco kerajaan UMNO-Pakatan Harapan (UMNO-PH) Melaka, yang turut melibatkan DAP, akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam, pada Rabu ini (5 April 2023).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata istiadat berkenaan akan diadakan sejurus kepulangan Mohd Ali, dari luar negara, esok.

Beliau berkata, senarai nama calon Exco negeri sudah dipersetujui oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam dan akan dipersembahkan kepada Mohd Ali sebelum mengumumkannya.

“Senarai Exco sudah lengkap dan istiadat mengangkat sumpah akan diadakan sebelum keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Melaka pada sebelah petang Rabu ini,” katanya menurut BH.

Beliau ditemui selepas melakukan imbasan perakam waktu pada hari pertama memasuki Pejabat Ketua Menteri Melaka, di aras empat Seri Negeri di sini, hari ini.

Semalam, Zahid dilaporkan berkata, pembentukan Exco Melaka harus menggambarkan komposisi parti yang membentuk kerajaan PH-Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan selain beberapa jawatan Timbalan Exco akan diwujudkan semula.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, komposisi portfolio Exco antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) diyakini mampu mengimbangi pentadbiran kerajaan negeri.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, semua portfolio cantik dan menarik, komposisinya nanti saya akan beritahu (senarai baharu), kalau beritahu sekarang tak seronok.

“Barisan baharu ini adalah untuk mengimbangi pentadbiran kerajaan negeri dan mengambil pendekatan apa yang sedang dilaksanakan di peringkat Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, Ab Rauf yang juga ADUN Tanjung Bidara berkata, fokus utamanya ketika ini adalah meneruskan agenda pembangunan negeri bagi memastikan kesinambungan kesejahteraan rakyat di bawah kerajaan perpaduan dapat diteruskan.

“Pastinya semua agenda yang dirancang dahulu akan diteruskan dan akan dilihat serta dikaji bagi penambahbaikan untuk kemakmuran dan kesejahteraan negeri serta rakyat Melaka khususnya.

“Jadi, pelan pembangunan Melaka juga akan saya lihat bagaimana penjanaan pembangunan dapat memberi faedah dan sudah pasti gandingan barisan pengurusan kerajaan negeri yang sedia ada akan dapat bersama-sama saya untuk memajukan negeri ini,” katanya.

Berita berkaitan
Wanita larikan bar emas ditahan polis di Melaka
November 8, 2023· Isu semasa
Tindakan akan diambil terhadap ADUN UMNO sertai program PN: Zahid
August 25, 2023· Politik
Amirudin pegang lima portfolio utama sebagai MB Selangor
August 23, 2023· Politik
UMNO kembali dalam kerajaan Selangor, Amirudin dilantik MB kembali
August 21, 2023· Politik
Popular
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok