UMNO kembali dalam kerajaan Selangor, Amirudin dilantik MB kembali

August 21, 2023 · Politik

Datuk Seri Amirudin Shari sekali lagi dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas mengangkat sumpah pada istiadat di Istana Alam Shah, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu dipilih sebagai MB kali kedua dan UMNO juga kembali berada dalam kerajaan negeri Selangor selepas tiga penggal ekoran kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta pengurniaan Surat Cara Lantikan itu diadakan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Amirudin juga memberitahu portfolio 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor akan diumum pada Rabu ini selepas selesai Mesyuarat Exco pertama yang akan dijalankan pada hari sama.

Jelasnya, kesemua 10 Exco yang akan mengangkat sumpah jawatan petang ini merupakan barisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terdiri daripada kesemua parti gabungan kerajaan campuran termasuk wakil UMNO.

“Rabu nanti saya akan adakan Mesyuarat Exco yang pertama dan pada tengah hari pula saya akan maklumkan portfolio para Exco tersebut sekitar jam 12 atau 12.30 tengah hari,” katanya menurut laporan Bernama semasa ditemui di Istana Alam Shah hari ini.

Menurutnya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO telah berjaya melepasi ujian pertama semasa pilihan raya lepas walaupun gagal mencapai kemenangan dua pertiga.

“Tetapi kita mempunyai kelebihan 12 kerusi berbanding pihak lawan dan ini adalah permulaan yang bagus dan kita boleh mengukuhkan lagi (kerjasama PH-BN) pada masa depan,” katanya.

Gabungan PH-UMNO memenangi 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lepas. Baki 22 kerusi lagi dikuasai Perikatan Nasional (PN).

Berkenaan proses pelantikan Menteri Besar, beliau berkata selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat tiba di tanah air pada Selasa lalu usai mendapat rawatan di luar negara, surat calon Menteri Besar daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disampaikan kepada Tuanku keesokan harinya.

“Sebanyak tiga nama diletakkan termasuk nama saya dan pada Khamis, baginda Sultan telah mengesahkan bahawa saya akan diberi tugas sebagai Menteri Besar dan diikuti dengan perbincangan senarai Exco yang akan mengangkat sumpah pada hari ini,” katanya.

Berita berkaitan
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok