Dua lagi mangsa tanah runtuh ditemui maut

March 11, 2022 · Isu semasa

Mangsa keempat dan kelima tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, di sini, ditemukan dan disahkan meninggal dunia.

Kedua-kedua lelaki itu merupakan korban ketiga dan keempat dalam insiden tanah runtuh. Sebelum itu seorang wanita warga emas dan seorang lelaki turut maut manakala seorang lelaki cedera, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-dua mangsa merupakan lelaki warga tempatan dengan seorang daripada mangsa merupakan pekerja Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Beliau berkata mangsa keempat ditemukan pada jam 12.46 tengah malam manakala mangsa kelima dijumpai pada jam 1.59 awal pagi ini.

Identiti kesemua mangsa yang meninggal dunia masih belum dikenal pasti, katanya.

“Oleh itu, operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa ditamatkan pada awal pagi ini,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.

Beliau berkata polis akan membuat kawalan keselamatan selama 24 jam bagi memastikan barang-barang milik penghuni terjejas tidak hilang dan rumah mereka tidak diceroboh.

Mohamad Farouk meminta jika ada penghuni-penghuni yang rumahnya diceroboh untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya akan menggunakan Unit Anjing Pengesan K9 di tapak runtuhan bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat.

“Kerja-kerja pembersihan tanah runtuh akan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati sebilangan ahli pasukan mencari dan menyelamat daripada pasukan polis dan Angkatan Pertahanan Awam dilihat mula bersurai dari lokasi kejadian susulan penemuan kesemua lima mangsa.

Pada masa sama, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga mula mengemas khemah rawatan khas susulan penamatan operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh polis kira-kira 2 pagi.

Berita berkaitan
Kes tembak sehingga maut, polis tahan dua lelaki bantu siasatan
May 25, 2023· Isu semasa
Tanah runtuh di Jalan Syed Putra, seorang disahkan maut tertimbus
May 4, 2023· Isu semasa
Penghuni kuarters Akademi SPRM dipindah susulan tanah runtuh
April 26, 2023· Isu semasa
Bayi termasuk empat individu maut dalam kemalangan di Kemaman
April 24, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
4 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
5 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok