Dua Hakim kes 1MDB melibatkan Najib kini dilantik ke Mahkamah Rayuan

January 17, 2023 · Isu semasa

Dua orang Hakim Mahkamah Tinggi yang sebelum ini mendengar perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.

Kedua-dua hakim tersebut, Datuk Collin Lawrence Sequerah, 62, dan Mohamed Zaini Mazlan, 55, sebelum ini bertanggungjawab mendengar kes perbicaraan berprofil tinggi melibatkan Najib dan pemimpin atasan UMNO yang didakwa di mahkamah atas salah guna kuasa dan rasuah.

Sequerah merupakan hakim yang mendengar perbicaraan kes Najib berhubung dana 1MDB dan kes Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Mohamed Zaini pula adalah hakim yang mendengar kes rasuah bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta kes rasuah dan pengubahan wang haram isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hakim itu juga akan memutuskan pada 30 Jan ini sama ada Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Empat lagi Hakim yang mengangkat sumpah bersama mereka adalah iaitu Datuk Azman Abdullah, 61; Datuk Azimah Omar, 60; Datuk Lim Chong Fong, 60; dan Datuk Wong Kian Kheong, 58.

Sementara itu, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan iaitu jawatan kedua tertinggi dalam badan kehakiman negara.

Abang Iskandar, 63, dari Sarawak, menggantikan Tan Sri Rohana Yusuf yang bersara pada November tahun lepas.

Beliau merupakan hakim pertama dari Sabah dan Sarawak yang dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pula mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya manakala Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Rahman Sebli, 63, juga dari Sarawak, sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Mohamad Zabidin, 65, dari Kedah, menggantikan Tan Sri Azahar Mohamed yang bersara pada 27 Okt tahun lepas.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nordin Hassan, 59, mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Selain itu, 11 Pesuruhjaya Kehakiman mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Norsharidah Awang, 62; Tee Geok Hock, 64; Datuk Zaleha Rose Pandin, 61; Alice Loke Yee Ching, 60; Datuk Azhar Abdul Hamid, 59; Dr Arik Sanusi Yeop Johari, 53; G. Bhupindar Singh, 59; Mahazan Mat Taib, 55; Ahmad Murad Abdul Aziz, 63; Liza Chan Sow Keng, 65; dan Wan Muhammad Amin Wan Yahya, 50.

Seramai lima individu turut mengangkat sumpah sebagai Pesuruhjaya Kehakiman iaitu Zaharah Hussain yang sebelum ini merupakan Pendaftar Mahkamah Tinggi, M. Sumathi (Pengerusi Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur), Dr Suzana Muhamad Said (Felo Kanan Undang-Undang Fakulti Ekonomi & Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia), Evawani Farisyta Mohammad (peguam Petronas) dan Dr Wendy Ooi Su Ghee (Rakan Kongsi Tetuan Gan & Zul).

Turut hadir pada majlis yang berlangsung di Istana Kehakiman itu ialah Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok