Dua budak antara 6 PATI maut lintas lebuh raya ketika larikan diri

April 20, 2022 · Isu semasa

Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu, Kedah terbunuh dirempuh kenderaan ketika cuba melintas lebuh raya, pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi tadi di Kilometer 165 Lebuh Raya Utara-Selatan.

“Dalam usaha melepaskan diri pagi tadi pada jam 6.50 pagi, di KM165, seramai enam tahanan telah terlibat kemalangan jalan raya.

“Nahas meragut nyawa dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa, satu kanak-kanak perempuan, dan satu kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, ketika melarikan diri dalam keadaan gelap, kebanyakan mereka hanya berjalan tanpa tujuan dengan ada antaranya menghala ke lebuh raya tanpa menyedari kenderaan yang bergerak laju.

Beliau turut berterima kasih kepada sekumpulan anak muda yang telah menjejaki dan menangkap PATI terbabit sebelum menghubungi polis.

“Seramai 229 daripada 528 tahanan lolos berjaya ditahan semula dan pihaknya sedang memburu baki 205 tahanan yang masih bebas.

“Kita telah berjaya menahan seramai 229 tahanan imigresen yang telah melepaskan diri pada jam 4.30 pagi tadi di Pusat Tahanan Relau, Bandar Baru, Kedah.

“Dimaklumkan kepada pihak kami, seramai 528 tahanan melepaskan diri daripada jumlah 663, orang kampung tahan 88 dan serahkan kembali kepada pihak Imigresen.

“Kita masih mencari baki 205 tahanan yang memerlukan tenaga sepenuhnya daripada pihak kami, serta bantuan orang ramai amat diperlukan.

“Alhamdulillah ada sekumpulan anak muda telah menjejaki kumpulan ini dan berjaya tangkap di tepi jalan ini dan menghubungi pihak polis,” kata Mohd Shuhaily.

Penduduk kampung membantu polis dan imigresen mengesan menangkap semula ratusan pendatang asing tanpa izin yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu, Kedah, pagi tadi, 20 April 2022.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Wanita larikan bar emas ditahan polis di Melaka
November 8, 2023· Isu semasa
Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga Afrika
November 4, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok