Dos baharu akan diberi kepada penerima suntikan kosong

July 20, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberi suntikan dos baharu kepada individu yang membuktikan disuntik ‘picagari kosong’ dan mereka akan dipanggil semula, kata Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menteri Kesihatan berkata langkah memanggil semula individu tersebut adalah bagi memastikan insiden sama tidak berulang lagi dan memberi jaminan KKM akan memastikan setiap individu menerima vaksinasi yang sepatutnya.

“Dipanggil suntik semula,” katanya yang dipetik berkata kepada Berita Harian.

Semalam, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam kenyataan berkata, tindakan tatatertib sudah diambil terhadap petugas di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Kedah berhubung isu suntikan vaksin kosong.

Ia susulan satu video tular mendakwa petugas kesihatan tidak menyuntik vaksin itu selepas memasukkan jarum picagari ke lengan penerima dan menurut CITF, kes itu berlaku di PPV pandu lalu di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah pada 17 Julai lalu.

Sementara itu, seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa divaksin dengan “picagari kosong” di pusat pemberian vaksin (PPV) Stadium Negara Bukit Jalil dua hari lalu.

Dalam satu kenyataan, badan tersebut berkata memandang serius berhubung beberapa dakwaan mengenai suntikan vaksin Covid-19 di PPV yang menjadi tular di laman media sosial.

Sehubungan itu, CITF kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjalankan siasatan tentang perkara ini agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi,” kata kenyataan itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok