Dituduh fitnah, Anwar akan kemuka bukti Dr M kayakan diri, keluarga

April 7, 2023 · Isu semasa

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (7 April 2023) berkata beliau akan memberikan bukti bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah memperkayakan dirinya dan keluarganya ketika memimpin kerajaan.

Pada sesi dialog bersama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor, Perdana Menteri berkata Dr Mahathir telah melakukan beberapa kebaikan dan banyak kerosakan kepada Malaysia semasa beliau menjadi perdana menteri.

“Saya akan jawab. Kalau dia minta bukti, saya akan bagi bukti. Tiada masalah,” jawab Anwar kepada soalan seorang pelajar yang meminta jawapannya terhadap ancaman undang-undang Dr Mahathir berhubung tuntutan itu.

Anwar ketika berucap pada Kongres PKR bulan lepas merujuk kepada seseorang “yang berkuasa selama 22 tahun dan (kemudian) campur 22 bulan” menggunakan kedudukannya untuk memperkayakan diri dan keluarga.

Ditanya mengenai tuntutan Mahathir itu, Anwar hari ini berkata, beliau tiada masalah untuk mengemukakan bukti.

“Saya tak mahu gaduh, diminta jawab saya jawab, dia (Mahathir) minta bukti, saya akan bagi bukti, tak ada masalah,” katanya menurut FMT.

Tidak menafikan perkara baik yang dilakukan Mahathir, Anwar menegaskan banyak kerosakan juga telah berlaku ketika Mahathir menjadi perdana menteri.

“Saya sudah cakap pentadbirannya ada baiknya juga, tetapi masalah kerosakan (juga) banyak, sistemnya,” katanya.

Pada 28 Mac, Mahathir berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang jika Anwar gagal menarik balik dakwaan tersebut.

Selasa lepas, peguam Anwar memaklumkan pihaknya akan menjawab notis tuntutan dikemukakan Dr Mahathir pada 17 April.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok