Ditipu ‘bomoh nombor ekor’ hangus RM127,120,10

April 19, 2021 · Isu semasa

Polis menahan seorang lelaki dipercayai menjadi dalang sindiket penipuan iklan menawarkan khidmat nombor ramalan 10 tahun lalu, sehingga menyebabkan seorang individu kerugian RM127,120,10.

Suspek berusia 50 tahun itu ditahan di Pendang, Kedah, semalam dipercayai mengiklankan risalah di sebuah bank di Ampang di sini pada 2011 sehingga berjaya memperdaya mangsa menyerahkan wang untuk membeli peralatan sembahyang diperlukan bagi memperoleh nombor ramalan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki itu ditahan pada jam 5.39 petang susulan laporan polis dibuat seorang lelaki berumur 59 tahun yag tertarik dengan iklan berkenaan bagi mengubah nasibnya pada 2011.

“Mangsa kemudiannya menghubungi nombor yang tertera di dalam iklan dan telah berurusan dengan seorang individu dikenali dengan nama Master,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa telah membuat bayaran lebih RM127,000 ke dalam akaun atas nama seorang individu bagi membeli peralatan sembahyang serta upacara ritual untuk tujuan mendapatkan nombor ramalan terbabit.

“Mangsa kemudiannya diminta lelaki itu untuk pergi ke sebuah kawasan di Pengkalan Kubor, Kelantan namun mendapati alamat tersebut tidak wujud sekali gus percaya dirinya telah ditipu,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut juga mendapati suspek itu turut terlibat dalam kes sama yang disiasat pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tak penting pendapat orang, kata Nazri selepas dilantik duta AS
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok