Derma darah – Selamatkan insan yang memerlukan

June 28, 2023 · Isu semasa

Derma darah dilihat satu amalan mulia kerana ia boleh menyelamatkan nyawa orang yang memerlukan. Dalam pada itu, pada Jun setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Derma Darah Sedunia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Ini bagi menggalakkan masyarakat menderma darah untuk menyelamatkan mereka yang memerlukan.

Dengan menderma darah, sekurang-kurangnya kita boleh menyelamatkan nyawa semasa pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah dan penyakit serius yang lain.

Tambahan pula, hospital sentiasa kekurangan darah dan kita sebagai individu yang layak, dinasihatkan agar menderma darah setiap tiga bulan.

Selain menyelamatkan nyawa orang lain, ia juga dapat menjaga kesihatan penderma.

Menurut Pegawai Perubatan Hospital Pantai Laguna Merbok, Dr Ahmad Wildan Azhar,  setiap penderma yang menderma darah akan kehilangan sejumlah kecil darah dari badan mereka.

Kehilangan darah ini jika mengikut nasihat pakar, untuk wanita, jumlah yang dibenarkan adalah 350 mililiter (ml) manakala lelaki, 450 ml sel darah merah. Bagaimanapun, dalam tempoh 24 jam, badan kita akan menggantikan semula sel darah merah tersebut.

“Ketika badan dalam proses menggantikan cecair yang hilang, pada masa sama badan kita akan mengimbangi dengan memberi isyarat kepada sumsum tulang untuk meningkatkan pengeluaran sel stem yang akhirnya akan menjadi sel darah merah. Proses ini memerlukan masa yang agak lama (sehingga berminggu-minggu), sebab itu penderma perlu menjarakkan tempoh menderma.

“Dalam pada itu, tidak ada bukti yang konkrit berhubung menderma darah secara berkala dengan risiko penyakit jantung yang lebih rendah. Bagaimanapun, terdapat beberapa cadangan bahawa menderma darah mampu membantu kitaran tahap zat besi dalam badan selain membantu aliran darah, yang mana ia akan membantu mengurangkan kerosakan pada saluran darah,” katanya.

Bagi menjadi penderma darah, seseorang itu perlu sihat dan cergas, jadi secara tidak langsung, sudah tentu penderma itu akan mengamalkan kehidupan yang sihat agar membolehkan mereka terus menderma secara berkala.

Tambah Dr. Ahmad Wildan, dengan menderma darah, anda akan kehilangan sebahagian kecil daripada jumlah darah. Biasanya badan anda akan mengimbangi dengan menstabilkan tekanan darah dan degupan jantung tetapi kadang-kadang anda mungkin merasa sedikit pening pada permulaannya. Itulah sebabnya kami akan selalu mengesyorkan agar penderma yang berpotensi untuk berada dalam keadaan terhidrasi sebelum menderma darah.

“Makanan yang disarankan adalah yang kaya zat besi seperti daging merah, makanan laut, kacang dan sayur-sayuran berdaun hijau gelap contohnya bayam. Untuk mengekal hidrasi, penderma perlu minum banyak air mineral,” katanya.

Ditanya sama ada perokok boleh menderma darah, beliau memberitahu,   bukan satu kontraindikasi yang pasti bagi perokok berat tetapi disarankan untuk tidak merokok sekurang-kurangnya 24 jam sebelum menderma darah. Merokok sebelum menderma darah dapat meningkatkan tekanan darah dan tekanan darah tinggi adalah kontraindikasi terhadap pendermaan darah.

“Menderma darah  boleh dilakukan setiap tiga bulan sekali namun jika terdapat kekurangan bekalan darah yang kritikal, penderma boleh menderma dalam tempoh dua bulan selepas tarikh pendermaan yang lepas.

“Antara yang tidak boleh menderma darah adalah mereka yang disahkan positif HIV, sifilis dan penyakit seumpamanya. Mereka yang mengamalkan kehidupan tinggi risiko seperti homoseksual, penagih dadah atau pekerja seks juga tidak boleh menderma darah. Selain itu, mereka yang baru (kurang dari enam bulan) bertindik atau mencacah tatu.

“Mereka yang kurang sihat seperti demam, selsema atau sebagainya ketika ingin menderma juga tidak digalakkan. Sebab itu, sebelum menderma, kami akan memeriksa kesihatan penderma terlebih dahulu. Antara lain, mereka yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes atau tekanan darah tinggi, pengidap anemia atau polycythaemia juga tidak digalakkan,” katanya.

Dr. Ahmad Wildan menambah, penderma perlu memastikan dia berada dalam terhidrasi selain perlu mengamalkan pemakanan yang betul.  Tidak ketinggalan, elakkan melakukan kerja berat sekurang-kurangnya lima jam pertama selepas menderma.

Beliau menasihatkan, sekiranya mengalami pening yang teruk secara berterusan, berdebar-debar, sukar bernafas atau kelesuan yang teruk, penderma perlu ke klinik atau hospital dengan segera. Selain itu, jika penderma mendapati terdapat lebam, sakit atau bengkak yang teruk di bahagian darah diambil, mereka juga perlu mendapat rawatan segera.

“Menderma darah adalah prosedur untuk menyelamatkan nyawa yang mana ia akan membantu orang lain yang memerlukan darah seperti kehilangan darah akut dalam kes trauma, kehilangan darah kronik pada pesakit barah dan mereka yang memerlukannya sebelum prosedur pembedahan.

“Pusat menderma darah bukan tempat untuk pemeriksaan ‘biohazard’, oleh itu jika anda mempunyai kecurigaan tinggi untuk dijangkiti penyakit seperti HIV atau Hepatitis, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan di pusat kesihatan terdekat sebelum menderma darah,” jelasnya.

Berita berkaitan
Hadi dibenar keluar hospital, berehat di rumah
July 2, 2023· Politik
Orang kuat PKR doakan kematian Hadi, Dr Mahathir: Laporan
July 1, 2023· Politik
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023· Isu semasa
Cuaca panas ekstrem: Orang ramai dinasihatkan tidak keluar rumah
May 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok