Cuaca panas ekstrem: Orang ramai dinasihatkan tidak keluar rumah

May 1, 2023 · Isu semasa

Orang ramai dinasihatkan tidak keluar rumah jika tiada keperluan ketika cuaca panas melampau melanda negara bagi mengelakkan serangan strok haba.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata meskipun kes strok haba masih terkawal namun golongan berisiko dan kanak-kanak perlu menjaga kesihatan.

“Memang kita ada dengar kes strok haba beberapa hari lalu membabitkan kanak-kanak 11 tahun dan 19 bulan kes ini masih terkawal.

“Namun, kita nasihatkan orang ramai khususnya kanak-kanak dan golongan dewasa yang berisiko supaya menjaga kesihatan dan tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

“Kementerian memantau perkembangan perkara ini setiap hari,” katanya selepas mengadakan lawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kematian dua kanak-kanak di Kelantan dipercayai akibat strok haba.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha menggalakkan pelajar sekolah mengenakan pelitup muka bagi mengekang penularan virus Covid-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini.

“Sekiranya murid bergejala, kita minta ibu bapa untuk memantau perkembangan anak mereka. Jika tidak perlu hadir ke sekolah selepas berjumpa doktor, maka tindakan (tidak pergi ke sekolah) itu haruslah diambil,” katanya.

Berita berkaitan
Ramai jemaah Haji negara alami dehidrasi akibat cuaca panas
May 27, 2023· Isu semasa
Cuaca panas, KKM jangka kes strok haba meningkat
May 13, 2023· Isu semasa
Cegah risiko buruk cuaca panas
May 9, 2023· Isu semasa
Cuaca panas tahap berjaga-jaga di Padang Terap, Jempol
May 1, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
June 8, 2023
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
3 jam lalu · Isu semasa
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
5 jam lalu · Isu semasa
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
7 jam lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
11 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
11 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok