Hadi dibenar keluar hospital, berehat di rumah

July 2, 2023 · Politik

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, telah dibenarkan pulang ke rumah pada jam 2 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, dimasukkan ke wad semalam disebabkan demam dan bukannya masalah jantung, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya dan beberapa Exco negeri serta pimpinan PAS Terengganu ada melawat beliau tengah hari tadi. Keadaan beliau baik dan doktor telah memberi pelepasan (Abdul Hadi) pulang pada jam 2 petang tadi.

“Sebentar tadi pun saya telah hubungi keluarga tuan guru dan dimaklumkan beliau sudah tiba di rumahnya di Rhu Rendang (Marang),” katanya.

Semalam, kesihatan Abdul Hadi dilaporkan merosot dan terpaksa dimasukkan ke wad HSNZ bagi mendapatkan rawatan.

Berita berkaitan
Sertai kerajaan? Hadi kata macam mana nak ikut ada bekas banduan dan kluster mahkamah
October 20, 2023· Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023· Politik
Kemenangan PN di PRK Pulai akan memberi makna besar: Hadi
August 27, 2023· Politik
UMNO dan Amanah diperalatkan DAP untuk menentang PAS: Hadi
August 25, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Menteri Kesihatan perlu beri penjelasan calon BN Pengkalan Chepa guna sijil palsu?
November 9, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok