Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran

September 25, 2023 · Politik

Seorang pemimpin DAP Melayu tampil mempertahankan seorang Ahli Parlimen (MP) dari partinya yang menerima kecaman ekoran tindakan mengulas dan memetik ayat al-Quran untuk menggesa orang Melayu di negara ini supaya menyokong kerajaan campuran.

Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari mempertahankan tindakan MP Ipoh Timur Howard Lee yang mengulas ayat suci al-Quran dan berkata ia tidak menjadi satu kesalahan atas alasan beliau tidak tertakluk kepada undang-undang Islam.

“Saya tidak nampak apa-apa yang salah dengan Lee kerana dia hanya menyatakan pendapatnya,” katanya dipetik portal berita pro-kerajaan, Malaysiakini.

“Apa pun, dia tidak tertakluk kepada undang-undang Islam negara ini.”

Terdahulu, Howard memuat naik video di TikTok, di mana beliau memetik ayat 59 Surah an-Nisa, yang antara lain berbunyi: “Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulul Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu.”

“Ayat suci ni. Hakikatnya, semua propaganda nak angkat Islam, angkat agama, bangsa dan negara atas nama agama, semuanya ikut deme (kamu), semata-mata sebenarnya nak raih undi,” kata Lee dalam video berdurasi empat minit itu.

Beliau membidas PAS dan menuduh presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang menunggang agama, sambil memetik ayat untuk memberitahu umat Islam tentang kewajipan mereka untuk menyokong kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Malaysia Madani yang berteraskan prinsip kepelbagaian dan kemajmukan bangsa, keturunrnan dan budaya, jelas menjadi ancaman kepada Hadi dan Hadi tak boleh terima yang orang lain boleh menghidupkan perpaduan macam Madinah al-Munawwarah,” katanya, merujuk kepada pentadbiran Islam yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad.

Howard juga menuduh Hadi dan pemimpin PAS yang mempersoalkan kerajaan sekarang sebagai “Khawarij”, label yang sering digunakan pada pelampau Islam yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Laporan polis dibuat bagi menyiasat video tersebut kerana menggunakan ayat al-Quran.

Howard juga sudah menurunkan klip video tersebut dari akaun TikToknya, selepas semakan terkini dibuat Agenda Daily.

Berita berkaitan
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
2 jam lalu· Rencana
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
2 jam lalu· Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
6 jam lalu· Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Kampung Melayu lenyap: Apa motif DAP bawa pakar Singapura masuk KPKT?
January 21, 2023
Lagi Politik terkini
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
2 jam lalu · Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023 · Politik
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023 · Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok