Orang kuat PKR doakan kematian Hadi, Dr Mahathir: Laporan

July 1, 2023 · Politik

Seorang penyokong tegar Perdana Menteri (PMX) dalam ciapan di akaun Twitternya berkongsi hantaran mendoakan kematian Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahmad Zaki Yamani didakwa penyokong kuat PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik doa sebagai respons kepada laporan media berhubung keadaan kesihatan Hadi, lapor portal MalaysiaNow.

“Ya Allah! Ambil lah nyawa Abdul Hadi Awang. Hentikan kerosakan yang dilakukan nya di muka bumi. Hentikan fitnah yang dibawanya terhadap agama-Mu. P/S: Ambil sekali Mahathir,” tulis Zaki yang pernah menjadi exco Pemuda PKR ketika Shamsul memimpin sayap itu dipetik laporan MalaysiaNow.

Zaki juga dilihat mempertahankan kenyataannya apabila beberapa pengguna mempersoalkan kirimannya, sebaliknya menyuruh mereka memberikan dalil yang melarang seseorang daripada mendoakan kematian orang lain.

Apabila diberitahu bahawa tiada apa-apa dalil untuk membenarkan kelakuannya, Zaki berkata kematian Hadi akan “menghentikan hujah-hujah politik beliau yang memecah belah umat”.

“Apakah berterusan hidup Abdul Hadi Awang akan membawa manfaat kepada umat?” soal Zaki.

Hadi, 75, dimasukkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya merosot minggu lepas.

“Kesihatan Ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” menurut anaknya Muhammad Khalil dalam satu kiriman Facebook hari ini.

Pada 2017, pemimpin PAS yang juga ahli Parlimen Marang itu menjalani pembedahan penggantian injap jantung di Institut Jantung Negara.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
30 MP UMNO, BN setuju sokong Anwar bentuk kerajaan bersama DAP
November 24, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok