KJ dedah ditekan MoF nyahsenarai nikotin dari Akta Racun demi cukai

July 4, 2023 · Isu semasa

Khairy Jamaluddin mendedahkan pernah ditekan Kementerian Kewangan supaya mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal bawah Akta Racun 1952 sewaktu menjawat sebagai Menteri Kesihatan.

Beliau mendakwa, tindakan menyahsenaraikan nikotin itu bagi membolehkan kerajaan mengutip cukai.

Namun menurutnya, sebagai menteri kesihatan beliau perlu tetap dengan pendirian mengutamakan keselamatan dan kesihatan awam berbanding soal pendapatan negara.

“Saya dulu pun kena tekan Kementerian Kewangan. Waktu itu (Datuk Seri) Tengku Zafrul (Abdul Aziz) jadi menteri. Bila nyahsenarai kita boleh kutip cukailah. Sebab itu nak dinyahsenarai. Memang ada tekanan kepada saya untuk saya nyahsenarai tapi sebagai menteri kesihatan kita kena tetap pendirian.

“Sebagai menteri kesihatan, bukannya (tanggungjawab kita) nak tambah pendapatan kerajaan yang sedikit tetapi nak pastikan kita jaga keselamatan dan kesihatan awam yang mengundang kos lagi besar jika kita benarkan vape, rokok dan sebagainya berleluasa,” dedahnya dalam episod terbaharu ‘Keluar Sekejap’ yang disiarkan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya rakan hosnya, Shahril Hamdan sama ada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa ditekan Kabinet yang dilihat aneh kerana tidak bersungguh-sungguh untuk memastikan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan.

Sebelumnya Khairy mengulas tindakan badan bukan kerajaan (NGO) kesihatan dan kepentingan kanak-kanak yang memfailkan permohonan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan menyahsenarai nikotin daripada senarai bahan terkawal bawah Akta Racun 1952.

Beliau menyifatkan tindakan undang-undang itu sesuatu yang mengejutkan.

“Ini sangat mengejutkan. Saya terima banyak mesej dari NGO-NGO kesihatan. Ini adalah usaha terakhir (batalkan keputusan nyahsenarai nikotin daripada senarai Akta Racun 1952).

“Sepatutnya menteri kesihatan menjaga kesihatan awam. Jangan buat tindakan yang mendahulukan kelulusan RUU tersebut. Oleh kerana RUU itu masih lagi sangkut di Parlimen, sekarang ini mereka telah bawa tindakan undang-undang,” katanya.

Semalam media melaporkan Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) memfailkan saman terhadap Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan kerajaan susulan keputusan mengeluarkan cecair nikotin daripada Akta Racun 1952.

MCTC mewakili lebih 40 pertubuhan, Pertubuhan Green Lung Malaysia (MGLA) dan Voice of the Children (VoC).

Mereka mendakwa Zaliha melanggar Akta Racun dengan mengetepikan Lembaga Racun berhubung perkara itu dan menyahsenaraikan cecair nikotin bertentangan dengan objektif dasar Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri iaitu Generasi Penamat (GEG).

Di Dewan Rakyat pada 12 Jun lalu, Zaliha berkata pengecualian cecair nikotin daripada senarai racun ialah ‘proses wajar’ kerajaan bagi membenarkan duti eksais dikenakan ke atas rokok elektronik dan cecair vape mengandungi nikotin.

Berita berkaitan
Isu caj QR, ini keadaannya apabila ada ‘menteri kewangan sambilan’: Khairy
October 4, 2023· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
6 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
6 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
6 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok