Dalam ucapan sulung di PBB, PM kritik konflik di Myanmar, Palestin

September 26, 2021 · Isu semasa

Konflik berterusan di Myanmar dan isu keganasan global menjadi intipati utama Perdana Menteri semasa membuat penampilan sulung pada Debat Umum Sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York hari ini, menerusi rakaman video.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu senada dalam usaha menghentikan keganasan di seluruh pelusuk dunia dan menegaskan pendirian Malaysia menolak sebarang konflik global.

“Malaysia akan terus melakukan apa yang terdaya dalam memupuk keamanan dan mencegah konflik menerusi dasar luarnya.

“Sehubungan itu, Malaysia turut mengukuhkan komitmennya terhadap keamanan, keselamatan dan kemakmuran global dengan terus menerajui usaha mengeluarkan Kenyataan Bersama mengenai gencatan senjata global pada Jun tahun ini,” katanya lapor Bernama.

Ujarnya lagi, adalah malang bagi dunia ini kerana masih jauh daripada usaha merealisasikan impian gencatan senjata global ekoran banyak lagi tempat masih tidak stabil.

Ismail Sabri berkata, Malaysia sentiasa mengambil pendirian teguh terhadap sebarang usaha dan inisiatif bagi kewujudan bersama secara aman antara negara-negara dunia, hidup harmoni berbilang kaum, kepercayaan dan agama.

Mengulas lanjut mengenai gencatan global serta konflik di Myanmar sejak tentera merampas kuasa daripada kerajaan awam pada 1 Februari lalu, beliau berkata, Malaysia bimbang dengan keadaan yang berlaku di sana.

“Malaysia bimbang terutamanya mengenai situasi kemanusiaan di sana, kini diburukkan lagi dengan sistem penjagaan kesihatan Myanmar yang bergelut dengan pandemik COVID-19.

“Amat penting supaya bantuan dapat sampai kepada mereka yang memerlukan,” kata Ismail Sabri, sambil menambah, Malaysia ketika ini menempatkan 154,000 pelarian Myanmar atau 84 peratus daripada populasi pelarian dari negara itu.

Beliau berkata, Malaysia menyokong kuat usaha yang dilakukan Duta Khas ASEAN ke Myanmar, tetapi tetap berasa bimbang kerana pihak berkuasa negara itu belum lagi memberi kebenaran untuk utusan berkenaan melawat ke sana.

“Kami mendesak pihak berkuasa memberi kebenaran dan membantu Duta Khas ini menjalankan tugasnya serta mempercepatkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara yang sudah dipersetujui ASEAN,” katanya.

Sebanyak 10 negara anggota blok serantau itu melantik Menteri Luar II Brunei, Erywan Mohd Yusof menjadi duta khas ASEAN ke Myanmar, berperanan sebagai orang tengah serta mengatur proses dialog.

Menyentuh isu Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Perdana Menteri berkata, Malaysia amat kecewa dan dukacita disebabkan ramai orang awam Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh akibat serangan kejam Israel pada Mei lalu.

“Kezaliman sistematik ke atas penduduk Palestin sejak sekian lama menerusi dasar diskriminasi, mengetepikan hak asasi rakyat, mengenakan peraturan kejam, rampasan tanah besar-besaran serta perlakuan tidak berperikemanusiaan ke atas mereka, jelas menunjukkan ia jenayah aparteid.” katanya.

Selain itu, Malaysia mengulangi gesaannya kepada Israel supaya dipertanggungjawabkan terhadap segala salah laku, termasuk tindakan rejim itu yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa.

Malaysia turut mengalu-alukan pembentukan sebuah suruhanjaya siasatan antarabangsa oleh Majlis Hak Asasi Manusia, bagi menyiasat pencabulan undang-undang hak asasi antarabangsa berhubung krisis 11 hari itu, katanya.

Berita berkaitan
Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli
November 7, 2023· Politik
Dewan Rakyat kecoh selepas seorang MP kerajaan didakwa sokong Israel
October 30, 2023· Politik
Bukit Aman panggil Ratu Naga ambil keterangan esok
October 29, 2023· Politik
Perjuangan rakyat Palestin berasaskan hak dan kehormatan, bukan dendam dan kebencian
October 29, 2023· Rencana
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok