Cuti raya kakitangan kesihatan Kelantan dibeku

May 3, 2021 · Isu semasa

Jabatan Kesihatan Kelantan membekukan cuti Aidilfitri kira-kira 14,000 kakitangannya berikutan kes Covid-19 di negeri itu masih menunjukkan peningkatan.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, walaupun semua kakitangan tidak dibenarkan bercuti, jabatan itu masih memerlukan kakitangan tambahan kerana kes Covid-19 meningkat setiap hari.

Kelantan mencatatkan 401 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, sementara dua daripada 18 kematian peringkat nasional pula adalah dari negeri itu.

Sebanyak 140 kes positif baharu di Kelantan adalah daripada sembilan kluster yang dilaporkan sebelum ini membabitkan Kluster Jalan Padang Tembak sebanyak 85 kes; Kluster Halban Dua (24); Kluster Kg Pemanok (9); Kluster Kg Pangkal Chuit (9); Kluster Kg Domis (8); Kluster Pulai Chondong (2); dan masing-masing satu bagi Kluster Batu Lada, Kluster D’Lahar dan Kluster Kg Tangok.

Mengulas lanjut Dr Zaini berkata, penambahan kakitangan tidak menjadi masalah kerana Kementerian Kesihatan akan menghantar jururawat yang dilantik secara kontrak ke seluruh negara.

Katanya, mereka akan dihantar secara berkala ke seluruh negara mengikut keperluan negeri.

“Sebelum ini, jabatan ini telah menerima seramai lima kakitangan kesihatan daripada Kedah untuk membantu tetapi dihantar balik berikutan negeri itu juga turut menunjukkan peningkatan yang sama dengan negeri lain, ” katanya

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok