Covid-19: Tiga Adun Perak dilarang hadir sidang DUN

August 23, 2021 · Isu semasa

Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang positif Covid-19 dilarang menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung empat hari bermula Rabu ini atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata ini berikutan status ketiga-tiga Adun terbabit yang positif Covid-19, menjadi kontak rapat dan belum menerima vaksin.

“Saya telah maklumkan secara peribadi mengenai nasihat yang kami terima daripada MKN dan KKM kepada mereka. Adun yang positif itu baharu mendapat keputusannya semalam, yang kontak rapat itu perlu kuarantin kendiri di rumah dan seorang lagi belum divaksin.

“Jadi ketiga-tiga ini tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN. Kita perlu mengambil langkah sewajarnya dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya pada sidang media hari ini dan menambah, maklumat lanjut mengenai ketiga-tiga ADUN itu akan dimaklumkan kemudian.

Mohammad Zahir berkata selain itu, setiausaha dan penolong dewan juga digantikan dengan orang lain kerana mereka perlu menjalani kuarantin kendiri susulan dua petugas yang terlibat dengan persidangan itu didapati positif Covid-19.

Sementara itu, Mohammad Zahir berkata selain sesi perbahasan titah diraja dan sesi soalan lisan, persidangan juga dijangka membahaskan usul-usul melantik keanggotaan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira, Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap, Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Bangunan Baharu Dewan Negeri Perak.

Sebelum ini dilaporkan, konsep Gelembung Persidangan Dewan Negeri akan diguna pakai dalam Persidangan DUN Perak yang bermula pada 25 Ogos ini dan pelaksanaan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 di negeri ini serta khidmat nasihat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

Konsep gelembung itu merangkumi empat elemen utama iaitu penyediaan kemudahan penginapan, pengangkutan, pertambahan ruang persidangan dan keperluan ujian pengesanan harian bagi mereka yang terlibat dengan persidangan.

Bagi meminimumkan pergerakan, semua individu yang terlibat dalam gelembung persidangan ini akan disediakan kemudahan pengangkutan dan penginapan di Hotel Impiana, Ipoh dan penggunaan kenderaan sendiri atau e-hailing adalah dilarang

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah berkenan untuk berangkat merasmikan istiadat pembukaan pada hari pertama persidangan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok