Covid-19: Semoga ‘Terengganu tak menangis’ lagi

April 17, 2021 · Isu semasa

Pengumuman Kementerian Kesihatan hari ini bahawa dalam tempoh 24 jam lalu, Terengganu tidak mencatatkan sebarang kes baharu Covid-19 melegakan penduduk negeri itu.

Daripada 762 saringan yang dijalankan di seluruh negeri itu dalam tempoh 24 jam lalu, tiada jangkitan yang dikesan, kata pula kenyataan Jabatan Kesihatan Terengganu, hari ini.

“Alhamdulillah, dari (jam) 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini (17 April) kita mencatatkan 13 kes discaj dan 0 kes baharu daripada 762 ujian saringan yang telah dijalankan. Situasi ini memberi sedikit kelegaan kepada kita semua.

“Tetapi yang penting, kita semua jangan leka. Teruslah mengambil langkah berjaga-jaga. Sentiasa patuhi SOP walau di mana jua kita berada. Elakkan tempat sesak dan elakkan aktiviti yang melibatkan perkumpulan.

“Ok, keadaan 0 kes ini tak akan bertahan lama dalam keadaan sekarang. Esok mungkin kita akan kembali mencatatkan kes baharu. Selagi ianya dalam bilangan yang rendah, insyaAllah penularan dapat dikawal,” kata kenyataan itu lagi.

Khamis lalu, Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus memuat naik kerisauan mengenai kluster baharu Covid-19 di negeri itu dalam Facebook beliau dengan judul ‘Terengganu Menangis’.

Pada masa sama jabatan itu turut mengingatkan orang ramai mengambil langkah berhati-hati ketika mengunjungi bazar Ramadan yang menjadi tempat tumpuan ramai dan sesak.

“Dan bila waktu gaji minggu depan, tempat membeli-belah pula akan jadi tumpuan orang ramai untuk persiapan hari raya. Mohon sangat-sangat kepada semua, patuhi SOP.

“Pakai mask elok-elok sehingga menutup mulut dan hidung, jangan bersesak-sesak, beratur dan jagalah jarak di antara satu sama lain. Elakkan bawa bersama anak-anak kecil dan warga emas kerana mereka adalah golongan berisiko,” kata kenyataan itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok