Covid-19: Lapan beradik kematian ibu bapa dapat faedah Perkeso

August 24, 2021 · Isu semasa

Nasib lapan beradik yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 terus terbela apabila menerima faedah bulanan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah skim pekerjaan kedua-dua orang tua mereka.

Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata lapan beradik yang berusia lingkungan empat hingga 19 tahun itu layak menerima faedah Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan arwah ayah mereka dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) di bawah Skim Bencana Pekerjaan bagi arwah ibu mereka.

“Kedua-dua bantuan faedah ini, yang keseluruhannya berjumlah RM2,400 sebulan, akan dibayar secara bulanan kepada lapan beradik tersebut sehingga mereka mencecah usia 21 tahun atau sehingga tamat pengajian ijazah pertama.

“Mereka juga telah menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM4,000,” katanya selepas menziarahi lapan beradik itu di Rawang hari ini.

Memetik Bernama, kunjungan itu bagi menyampaikan bayaran Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) yang juga layak diterima oleh ibu waris untuk tempoh sepanjang arwah dirawat di hospital selain sumbangan Kotak Prihatin berupa barangan keperluan harian.

Kelapan-lapan beradik menjadi yatim piatu sejak sebulan lepas apabila bapa mereka, Ben Yajeed Bernie, 45, menghembuskan nafas terakhir pada 16 Julai di Hospital Selayang akibat Covid-19 diikuti ibu mereka Noraini Ibrahim, 43, tiga hari kemudian kerana jangkitan virus yang sama ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Berdasarkan laporan, arwah Ben Yajeed positif Covid-19 setelah dijangkiti virus itu daripada isterinya yang mendapat jangkitan di tempat kerja dan semakan Perkeso mendapati kedua-dua mangsa merupakan pencarum serta memenuhi syarat kelayakan faedah yang ditetapkan.

Sebelum ini, Nazurah Nabilah,19, Muhammad Muzakkir, 18, Nurhani Nabilah, 16, Nurnasuhah Nabilah, 14, Muhammad Benjamin, 13, Muhammad Bennazir Sulaiman, 10, Nur Rawdhah Nabilah, 8, dan Nur Qurratu Ain Nabilah, 4, turut ditawarkan bantuan oleh kerajaan negeri Pahang iaitu Rumah Rakyat Pahang (RRP) bernilai RM65,000 secara percuma.

Tapak rumah RRP yang dicadangkan ialah di kampung asal ibu mereka di Rancangan Tanah Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang.

Buat masa ini, mereka tinggal di rumah sewa bersama dengan ibu saudara di Rawang, Selangor.

Pencen Penakat adalah satu faedah dalam Skim Keilatan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang dibayar kepada tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans Perkeso meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

FOT pula adalah faedah dalam Skim Bencana Pekerjaan yang dibayar kepada tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans Perkeso meninggal dunia akibat bencana pekerjaan contohnya balu, duda, anak berusia di bawah 21 tahun, ibu, bapa, adik-beradik, datuk atau nenek.

Berita berkaitan
Kemuka dokumen palsu Penjana 2.0, pemilik syarikat didakwa
November 1, 2023· Isu semasa
Petani, nelayan pun wajib carum PERKESO tahun depan: Bajet 2023
October 7, 2022· Isu semasa
Jabatan tak carum Perkeso kakitangan kontrak lebih RM32 juta
September 5, 2022· Isu semasa
Siling gaji baharu caruman Perkeso berkuat kuasa hari ini
September 1, 2022· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok