Jabatan tak carum Perkeso kakitangan kontrak lebih RM32 juta

September 5, 2022 · Isu semasa

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendedahkan sebuah jabatan kerajaan tidak mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi kakitangan kontraknya sejak 2013.

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata tunggakan caruman sejak 2013 hingga 2020 jabatan terbabit kini mencecah lebih 32.15 juta.

Menurutnya tunggakan dalam tempoh berkenaan perlu disegerakan bagi mengelakkan kakitangan terlibat berisiko tidak menerima perlindungan keselamatan sosial khas di bawah Skim Keilatan kerana tidak memenuhi syarat caruman yang dikehendaki di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Beliau berkata sebagai majikan adalah menjadi kewajipan untuk memastikan setiap kakitangan kontrak dan sementara membuat caruman kepada Perkeso bagi membolehkan mereka menikmati perlindungan yang sewajarnya.

“Cuepacs menggesa semua jabatan serta agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang mempunyai kakitangan bertaraf kontrak dan sementara untuk mendaftar serta membayar caruman kepada Perkeso mulai tarikh kuat kuasa iaitu 1 Jun 2013 sekiranya belum berbuat demikian.

“Untuk makluman, kerajaan melalui Perkeso di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 telah meluaskan liputan perlindungan terhadap pekerja bertaraf kontrak dan sementara yang telah dikuatkuasakan terhadap semua Jabatan serta Agensi Kerajaan mulai 1 Jun 2013 melalui Pemberitahuan Keselamatan Sosial Pekerja P.U (B) 239 dan 240,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Adnan menjelaskan, peluasan keselamatan sosial di bawah Skim Bencana Pekerjaan (SBK) dan Skim Keliatan (SK) bertujuan memberi perlindungan yang lebih baik kepada pekerja di sektor awam dan setara dengan pekerja sektor swasta di samping mengekalkan keharmonian dan kerjasama di antara kerajaan, majikan dan pekerja.

Menurutnya kegagalan mematuhi arahan itu adalah suatu kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 94, Akta 4 serta Peraturan-peraturan (AM) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 yang boleh membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-dua sekali.

“Adalah amat dikesali sekiranya hak sebagai pekerja walaupun berstatus kontrak atau sementara untuk mendapatkan perlindungan tersebut terhalang disebabkan kegagalan majikan masing-masing melakukan caruman kepada Perkeso.

“Justeru, kami berharap kerajaan tegas dalam hal-hal yang melibatkan keselamatan dan kebajikab pekerja walaupu berstatus kontrak atau sementara,” ujarnya.

Berita berkaitan
Heitech Padu dapat kontrak RM66.84 juta daripada Kementerian Pertahanan
September 10, 2022· Isu semasa
CUEPACS adakan pertemuan akhir dengan kerajaan esok, bincang tuntutan
August 25, 2022· Isu semasa
CUEPACS kesal insiden pegawai imigresen ditengking, gesa PM campur tangan
August 4, 2022· Isu semasa
KSN jumpa Cuepacs bincang desakan naik gaji penjawat awam
July 30, 2022· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
10 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
11 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
11 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok