Covid-19: Amaran gelombang varian Omicron XBB

October 31, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran negara sedang berdepan dengan gelombang kecil Covid-19 varian Omicron XBB.

Menteri Kesihatan sementara, Khairy Jamaluddin berkata gelombang itu dijangka menyebabkan negara merekodkan peningkatan kes dalam beberapa minggu akan datang.

“Sama ada ia menjadi gelombang besar (atau tidak) ia bergantung kepada tingkah laku komuniti,” katanya pada sidang media hari ini (31 Oktober 2022).

Beliau mengingatkan Malaysia sekarang ini sedang mengalami gelombang kecil jangkitan Covid-19, selepas jumlah kes semakin meningkat kebekangan ini.

Untuk rekod, sejak tiga hari lalu jangkitan baharu harian meningkat melebihi 3,000 kes, setelah merekodkan angka 2,000 sejak kali akhir mencatat 3,118 26 Ogos, sebelum turun kepada 2,491 kes sehari kemudian.

Pada 27 Oktober lalu jangkitan baharu masih mencatat di bawah 3,000 iaitu sebanyak 2,762 kes. Bagaimanapun, jangkitan melonjak pada Jumaat (28 Oktober) kepada 3,296 kes; 3,189 kes (Sabtu); dan 3,129 kes (Ahad).

Sehubungan itu, Khairy mengingatkan orang ramai supaya kekal memakai pelitup muka bagi mengelakkan penularan Covid-19.

“Memandangkan situasi semasa, penggunaan topeng kini “sangat disyorkan” walaupun ia kekal secara sukarela,” katanya.

Beliau berkata antara 23 dan 29 Oktober, kes jangkitan baharu meningkat 16.5 peratus kepada 16,917 kes daripada 14,250 kes minggu sebelumnya.

Khairy juga berkata semasa sidang media di Putrajaya hari ini bahawa bilangan pesakit di hospital juga meningkat sebanyak 14 peratus, bagi setiap 100,000 orang.

“Bagaimanapun, kita dapati dari segi kemasukan ke hospital kerajaan, paling ramai adalah dalam kalangan mereka yang mengalami simptom ringan. Simptom tidak serius, katanya, sambil menambah penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hanya meningkat sebanyak 2 peratus.

“Dalam erti kata lain, kita sedang berhadapan dengan gelombang kecil,” katanya sambil menambah kementerian tidak pasti sama ada gelombang itu akan bertambah buruk, dan semuanya bergantung kepada usaha masyarakat untuk mengelak keadaan daripada menjadi lebih teruk.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok