Lapan negeri, Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Labuan, akan memulakan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula 19 April ini.
Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, fasa kedua program imunisasi itu negeri lain pula akan dimulakan beberapa hari kemudian.
“Janji temu yang kita sediakan untuk fasa kedua akan mula dihantar hari ini melalui aplikasi MySejahtera. Pemberitahuan akan dihantar sekurang-kurangnya 14 hari sebelum janji temu untuk pemberian vaksin.
“Peringatan akan dihantar kepada penerima vaksin tiga hari dan sehari sebelum janji temu, melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan juga panggilan daripada pusat panggilan,” katanya hari ini.
Khairy berkata, kelewatan di beberapa negeri lain itu membabitkan kesediaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan petugas kesihatan.