Covid-19: 78 kematian dicatat semalam

October 9, 2021 · Isu semasa

Kes Covid-19 di Malaysia meragut 78 lagi nyawa dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk 23 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID), menurut Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Angka itu menjadikan kumulatif sejak pandemik Covid-19 melanda negara awal tahun lalu sehingga semalam naik kepada 27,191 kes, termasuk 5,473 kes BID.

Berdasarkan statistik disediakan dalam laman sesawang COVIDNOW kendalian KKM, Johor merekodkan jumlah kematian tertinggi seramai 13 pesakit, diikuti 12 pesakit masing-masing di Sabah dan Selangor; Pulau Pinang (10); dan masing-masing lapan pesakit di Kelantan dan Sarawak.

Kedah dan Perak pula masing-masing mencatatkan empat kematian, diikuti masing-masing dua kematian di Perlis dan Kuala Lumpur; dan masing-masing satu di Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Tiada kes kematian dilaporkan bagi Terengganu, Labuan dan Putrajaya semalam.

Sementara itu, jumlah kes Covid-19 yang masih aktif sehingga semalam turun kepada 125,998 berbanding 129,049 yang dilaporkan pada Khamis.

Daripada jumlah itu, 100,844 pesakit menjalani kuarantin kendiri di rumah, 16,481 dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Hospital (7,881 pesakit); dan 792 termasuk 385 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok