Sebanyak 1,739 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan sepanjang tempoh 24 jam lalu, termasuk lapan kes import, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, dalam tempoh itu lapan kematian membabitkan warganegara turut dicatatkan menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat virus itu kepada 1,329.
Katanya, 183 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 89 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Pada masa sama beliau berkata lapan kluster baharu dilaporkan hari ini membabitkan lima di tempat kerja dan tiga kluster komuniti.