Covid-19: 10 kluster baharu tempat kerja dikesan hari ini

October 5, 2021 · Isu semasa

Sepuluh penularan di tempat kerja adalah antara 14 kluster baharu Covid-19 yang dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat lagi kluster baharu membabitkan dua penularan dalam komuniti, dan masing-masing satu melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan institusi pendidikan swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.

Katanya, daripada kluster tempat kerja itu tiga dicatat di Johor Bahru, Pontian dan Muar di Johor, melibatkan 79 individu, hasil daripada 335 saringan yang dilakukan.

Dua kluster tempat kerja dikesan di lima daerah di Kedah membabitkan 76 individu hasil daripada 241 saringan, sementara dua kluster lagi dilaporkan di Klang, Selangor dengan 46 jangkitan daripada 206 saringan.

Kelantan (Kota Bharu), Pahang (Temerloh) dan Perak (Kinta) masing-masing merekodkan satu kluster tempat kerja yang keseluruhannya melibatkan 85 jangkitan, hasil saringan ke atas 293 individu.

Sementara itu, Kelantan turut merekodkan dua kluster komuniti di Pasir Mas yang melibatkan 13 jangkitan daripada saringan ke atas 16 individu.

Seramai 22 daripada 133 individu daripada kumpulan berisiko tinggi yang disaring di Kangar, Perlis disahkan dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 24 jam itu.

Seramai 43 individu daripada 95 saringan yang dilakukan di sebuah institusi pendidikan swasta di Kuala Langat, Selangor pula disahkan positif Covid-19.

Secara keseluruhan, 5,536 kluster Covid-19 dikesan sejak wabak itu menular di negara ini awal tahun lalu, dengan 4,580 kluster telah ditamatkan, manakala 956 lagi masih aktif.

Sementara itu, Dr Noor Hisham juga memaklumkan seramai 15,615 pesakit Covid-19 di seluruh negara sembuh sepenuhnya menjadikan kumulatif lebih 2.13 juta individu, berbanding 2,294,457 kumulatif kes positif.

Mengenai kes harian beliau berkata daripada 8,817 kes yang dilaporkan hari ini, 182 kes atau 2.1 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 8,635 kes (97.9 peratus) lagi kategori 1 dan 2.

Sehingga hari ini 851 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 395 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok