Ceramah Ustaz Wadi di Selangor pula dibatalkan

March 5, 2023 · Isu semasa

Dua ceramah pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar di Selangor yang dijadualkan pada 10 dan 11 Mac depan dibatalkan.

Bagaimanapun Ustaz Wadi tidak mendedahkan alasan pembatalan ceramah di dua kawasan berkenaan.

Dua lokasi tersebut ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor.

Namun menurut Ustaz Wadi, ceramahnya di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan kekal berjalan seperti biasa.

“Dimaklumkan bahawa semua ceramah Ustaz Wadi Annuar bertempat di negeri Selangor dibatalkan.

“Manakala ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijalankan seperti biasa.

“Segala kesulitan amat dikesali. Semoga ALLAH SWT memberikan pahala kepada semua yang berniat untuk hadir majlis ilmu,” katanya dalam siaran di Facebook pada Ahad, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, kuliah Maghrib penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong dibatalkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) susulan tidak mempunyai tauliah mengajar agama di Selangor.

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Shahzihan Ahmad pembatalan itu merupakan ketetapan yang tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Selangor.

Meskipun terpalit kontroversi tersebut namun Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan pada 26 Februari lalu dihadiri oleh ribuan jemaah.

Berita berkaitan
1,617 kes poligami tanpa kebenaran direkod di Selangor sejak 2019
March 7, 2023· Isu semasa
Ceramah Ustaz Wadi pula batal, Selangor nafi campur keputusan JAIS
March 5, 2023· Isu semasa
JAIS sahkan Azhar Idrus tidak dibenar mengajar agama, tiada tauliah
February 24, 2023· Isu semasa
Radzi Jidin kini akauntan bertauliah
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok